10hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih meningkat susulan minat belian terhadap saham-saham wajaran tinggi, didahului kaunter produk perindustrian dan utiliti walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.
10hari ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 24 April (Bernama) -- Persatuan Nelayan Negeri Johor (JOSFA) merancang untuk memperluas projek ternakan udang putih dalam tangki pada skala besar bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan yang semakin meningkat.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menawarkan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Vitrox Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM51.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berbanding RM24.16 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2025.
10hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan 5.3 peratus pada suku pertama 2026, terutamanya didorong oleh pengembangan meluas merentasi beberapa subsektor, termasuk pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan, kata seorang ahli ekonomi.
10hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh pembelian terpilih dalam saham wajaran tinggi perbankan dan telekomunikasi, dalam persekitaran sentimen yang semakin baik berikutan pelanjutan gencatan senjata di Asia Barat.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- GWM Malaysia mencatatkan prestasi yang berdaya tahan pada suku pertama 2026 dengan penyerahan sebanyak 1,294 unit, walaupun beroperasi dalam landskap pasaran automotif yang lebih sederhana.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah mencatat sejumlah 8.44 bilion transaksi pembayaran digital pada 2025, sekali gus membuktikan kaedah itu terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dan Filipina bersepakat mengenai kepentingan komunikasi secara berterusan bagi kedua-dua negara dalam menangani isu keselamatan tenaga.
11hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada penutup dagangan Rabu, sekali gus mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut susulan aktiviti pengambilan untung berikutan prestasi bercampur-campur yang merentasi pasaran serantau.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Apr (Bernama) -- Agrobank bakal memperkasa rangkaiannya di seluruh negara dengan pelancaran FUNancial Day 2026 iaitu program pengaktifan cawangan berskala besar yang bertujuan memperkukuh libat urus pelanggan sambil memacu pertumbuhan perniagaan merentasi semua segmen.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Sejumlah 200 juta liter diesel yang dihantar ke Australia bukan milik Malaysia, tegas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.