23hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Serangan berterusan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah mendorong pelabur beralih kepada aset selamat, sekali gus meningkatkan harga emas global ke paras US$5,500 satu auns, kata seorang penganalisis.
23hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus bagi akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion bagi 2025, adalah wajar serta mencerminkan prestasi pasaran kewangan yang berdaya tahan walaupun berdepan ketidaktentuan global, kata ahli ekonomi
24hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan mendatar dalam julat 1,710 hingga 1,740 minggu depan, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.
24hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pengumuman data utama AS dan perkembangan selanjutnya mengenai rundingan nuklear AS-Iran.
24hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN pada Jumaat tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain berikutan peniaga kekal berhati-hati dalam risiko geopolitik dan ketidaktentuan mengenai tarif AS.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS serta pelarasan kedudukan awal sesi dagangan Asia, walaupun Indeks Dolar AS (DXY) ditutup tinggi sedikit.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak hanya tertumpu pada paras kadar pertukaran khusus ringgit tetapi sebaliknya pada kekuatan jangka panjang mata wang tersebut kerana ia mencerminkan kesihatan keseluruhan ekonomi negara.
25hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan ketidaktentuan berkaitan dasar tarif AS dan rundingan AS-Iran.
26hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS yang kukuh, ditutup hampir tidak berubah daripada paras semalam, didorong oleh daya tahan ekonomi positif seperti dicerminkan dalam data Indeks Pelopor (IP).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain, didorong oleh kelemahan dolar AS di tengah-tengah data ekonomi selain peningkatan sentimen risiko global.
27hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah & Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai negara yang sebahagian besarnya berorientasi eksport tidak boleh bergantung semata-mata kepada pelarasan tarif untuk meningkatkan daya saing sebaliknya perlu mempelbagaikan asas eksport, kata Ahli Ekonomi Nadia Jalil.