29hari ago
Daripada Norsyafawati Ab Wahab
LIUZHOU (China), 20 Mei (Bernama) -- Sebanyak 66 pelatih Malaysia berjaya menamatkan program di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC) pada Selasa dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kohort Pertama Program Latihan Kemahiran Industri Projek Laluan Rel Pantai Timur (PLKI–ECRL) bagi Latihan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meningkat 28.6 peratus tahun ke tahun kepada rekod RM336.73 bilion pada April 2026, dipacu terutamanya oleh eksport kukuh produk elektrik dan elektronik (E&E), menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
29hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga penanda aras minyak mentah yang lebih rendah susulan pengurangan tekanan bekalan, kata seorang peniaga.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Logam berharga seperti emas dan perak tetap memainkan peranan penting sebagai salah satu instrumen strategi pelaburan dalam lindung nilai ekonomi yang tidak menentu meskipun korelasi songsang antara mata wang dan pergerakan emas telah berubah terutamanya dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan dolar AS yang lebih kukuh dalam sentimen bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.
30hari ago
Oleh Muhammad Adil Muzaffar Mohd Fisol
CYBERJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Garis panduan baharu kerajaan yang mengetatkan pengimportan kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU) dilihat mampu mempercepat pembangunan ekosistem EV tempatan, sekali gus memperkukuh peralihan kepada pemasangan tempatan (CKD) dan pemindahan teknologi dalam industri automotif negara.
30hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disebabkan sentimen berhati-hati menguasai pasaran pertukaran mata wang asing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari pertama minggu ini dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari apabila sentimen pelabur lemah dalam persekitaran ketiadaan perjanjian yang konkrit dan pencapaian dasar antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Presiden AS Donald Trump ke China.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan berikutan paras stok yang tinggi dan aktiviti pengambilan untung.