6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dalam persekitaran harga minyak mentah bercampur-campur, mencerminkan pengukuhan ringgit dan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hari ini melancarkan Jana MyPesara dengan peruntukan RM20 juta sebagai pembiayaan mikro untuk membantu pesara mengurus dan menjalankan perniagaan dengan lebih teratur.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Industri perbankan telah mengekalkan asas yang kukuh dan hasil dividen yang baik berikutan kestabilan geopolitik dan ekonomi Malaysia yang terus memacu aliran masuk asing, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Firma teknologi kewangan (fintech) dan data risikan, One Strategy Group Sdn Bhd melancarkan One Credit -- platform bersepadu khusus bagi pengurusan risiko, kenali pelanggan anda (KYC) dan penajajaminan kredit.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluar serbuk plastik, Polymer Link Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan di Australia susulan penyewaan kemudahan gudang baharu di sana.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Hala tuju tenaga hijau di rantau ini yang berwawasan di bawah inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) perlu disokong bukan sahaja melalui infrastruktur malah daya maju komersial bagi menjadikan aspirasi di peringkat serantau dapat dilaksanakan, kata Ketua Pegawai Grid Tenaga Nasional Bhd (TNB) Hasmarizal Hassan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 37.3 peratus pada Disember 2025 kepada 28,684 tan berbanding 20,891 tan pada November 2025, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot kepada 0.36 peratus pada tengah hari, diheret turun oleh Maybank, CIMB dan 99 Speed Mart.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjangka lebih banyak pelaburan berteraskan kualiti akan menjana manfaat limpahan yang bermakna kepada ekonomi Malaysia di bawah Kerangka Insentif Baharu (NIF).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- My Digital ID Sdn Bhd menyasarkan 17 juta akaun MyDigital ID didaftarkan menjelang hujung tahun ini, selari dengan peningkatan penggunaan identiti digital dalam kalangan rakyat Malaysia.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kee Ming Group Bhd yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini menyasarkan pertumbuhan berterusan dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB), kemudahan ketersambungan dan voltan tinggi (HV), pembangunan pusat data serta reka dan bina projek perindustrian dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi MADANI RON95 (BUDI95) setakat 11 Februari 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.