13hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia kekal kukuh, berdaya tahan dan komited untuk menyokong pelanggan di tengah-tengah ketidaktentuan global termasuk perkembangan di Asia Barat, menurut Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sektor pembuatan ASEAN mencatat penyederhanaan ketara dari segi penunjuk permintaan pada Mac 2026 susulan peningkatan kos input dan caj output, sekali gus menjadikan prestasi terendahnya dalam tempoh enam bulan, menurut S&P Global.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila sentimen global bertambah baik susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) mungkin berundur dari Iran dalam tempoh beberapa minggu.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Dunia menggariskan tiga bidang utama yang perlu diberi tumpuan oleh Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya dalam jangka masa panjang di tengah-tengah cabaran global semasa yang timbul daripada konflik di Asia Barat.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau rapi dan berusaha supaya dapat melindungi rakyat di samping mengurus ekonomi negara secara proaktif, menyeluruh dan teratur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
14hari ago
PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan membangkitkan isu-isu berkaitan krisis tenaga global yang sedang berlaku ke Kabinet untuk pertimbangan lanjut, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank pusat perlu berkembang menjadi arkitek berdaya tahan dalam landskap global yang sentiasa berubah dan bukan sekadar menjadi penjaga kestabilan walaupun peranan itu masih penting, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
14hari ago
PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menilai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat memandangkan krisis itu boleh berlarutan sehingga enam bulan, sekali gus menjejaskan bekalan minyak dan harga tenaga, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kualiti kredit pinjaman perniagaan secara keseluruhannya meningkat tanpa perbezaan trend yang ketara merentas segmen dan sektor dengan bahagian pinjaman terjejas dan pinjaman yang menunjukkan peningkatan risiko kredit perniagaan bertambah baik, masing-masing kepada 2.8 peratus dan 10.7 peratus.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, berpurata antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus pada 2026 walaupun harga komoditi global diunjurkan mengalami turun naik yang lebih besar berikutan konflik geopolitik di Asia Barat, kata Bank Negara Malaysia (BNM).