BERITA TERKINI   Kerajaan terbuka terima kritikan, perlu sokong usaha bersihkan negara daripada rasuah - PM Anwar  | 

Terdapat 2925 berita berdasarkan kata kunci carian " pelan"

Batik Air Akan Lancar Sembilan Laluan Baharu Disember Depan

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Batik Air akan mengukuhkan jejak serantaunya dengan pelancaran sembilan laluan baharu pada 8 Disember, 2025, satu perkembangan penting yang menggariskan cita-cita syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan kesalinghubungan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Perkukuh Kerjasama Perdagangan Global Susulan Tarif 100 Peratus AS Ke Atas Farmaseutikal 

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Negara di seluruh dunia perlu mengukuhkan kerjasama dan memperluas perkongsian perdagangan multilateral bagi menyokong globalisasi khususnya berikutan langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal bermula 1 Okt 2025.

Malaysia Berperanan Penting Kepada Kerjasama Ekonomi ASEAN-India – Jitin Prasada

UALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berperanan penting dalam memajukan landasan ekonomi ASEAN-India selain akan menjadi pusat dalam membentuk kerjasama yang berdaya tahan, terhubung dan mampan untuk dekad akan datang, kata Jitin Prasada.

Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Malaysia Dijangka Capai 31 Peratus Menjelang Disember

SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran tenaga boleh baharu (TBB), dengan TBB sudah menyumbang sebanyak 30 peratus dalam campuran tenaga, iaitu menghampiri matlamat 31 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

PETRA Lancar Projek Rintis Solar Kediaman

SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini melancarkan projek rintis Projek Solar Kediaman dalam usaha meningkatkan campuran tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan di Wall Street berikutan kebimbangan mengenai penilaian mengatasi data ekonomi yang kukuh walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

Untung Bersih Astro Susut Kepada RM16.39 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) -- Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) merosot kepada RM16.39 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai 2025 (S2 2026) berbanding RM54.71 pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Perkongsian ASEAN-Kesatuan Eropah Penting Untuk Intergrasi Ekonomi, Daya Tahan - Setiausaha Agung ASEAN

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) kekal sebagai rakan kongsi penting dalam memajukan integrasi dan daya tahan ekonomi ASEAN, disokong oleh aliran perdagangan dan pelaburan yang kukuh, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Perdagangan Digital Jadi Keutamaan UK Dalam Hubungan Dengan ASEAN - Liz Lloyd

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- United Kingdom (UK) menjadikan perdagangan digital sebagai keutamaan paling penting dalam penglibatannya dengan ASEAN di samping sebahagian strategi ekonomi globalnya.

Catat Pertumbuhan Jualan 9.9 Mega Brands, Nilai Purata Pesanan LazMall Naik 10 Peratus - Lazada

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Lazada Malaysia mencatat prestasi tertinggi penah direkodkan pada kempen Jualan 9.9 Mega Brands tahun ini, apabila nilai purata pesanan (AOV) LazMall mentatat kenaikan 10 peratus tahun ke tahun berbanding pada 2024.

Grid Tenaga LTMS, Model Untuk Integrasi Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) dan cadangan grid Semenanjung dan Borneo akan menjadi model bagi usaha ASEAN ke arah rangkaian tenaga serantau yang bersambung sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.