6bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kebimbangan mengenai peningkatan stok yang menjejaskan sentimen selepas data terkini oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dikeluarkan.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pembelian saham perbankan ketika saat-saat akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup di paras tertinggi harian pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.48 peratus, sejajar dengan sentimen serantau yang bertambah baik.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Manulife Investment Management (Manulife IM) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada separuh kedua 2025.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Malaysia perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan intra-ASEAN dan melibatkan diri dalam perkongsian pelbagai hala, kerana pendekatan ini akan mengurangkan pergantungan kepada mana-mana negara tunggal.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Indeks harga seunit keluli mencatatkan penyusutan antara 1.0 peratus hingga 3.1 peratus pada Jun 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus bulan ke bulan kepada 1.26 juta tan pada Jun daripada 1.41 juta tan pada Mei, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan prestasi sederhana apabila pelabur mencerna pengumuman terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), terutamanya berhubung Malaysia, serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), meskipun prestasi pasaran serantau lebih kukuh.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang sama sepanjang baki 2025, berikutan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat 24.9 peratus kepada 22,494 tan pada Mei 2025 berbanding 18,008 tan pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Saham-saham bank diniagakan secara bercampur-campur pada awal dagangan hari ini apabila penurunan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memberi tekanan serta-merta ke atas margin faedah bersih (NIM) bank-bank.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh sentimen yang meningkat berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Rabu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, dalam reaksi pasaran yang tidak sejajar dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Rabu.