BERITA TERKINI   PM Anwar minta RUU had tempoh jawatan PM kepada dua penggal diluluskan segera di Parlimen | 

Terdapat 1789 berita berdasarkan kata kunci carian " asia"

Langganan 5G Dijangka Cecah 2.9 Bilion Pengguna Menjelang Akhir 2025 - Ericsson

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Hampir satu pertiga daripada semua pengguna mudah alih atau kira-kira 2.9 bilion orang, dijangka menggunakan teknologi selular tanpa wayar generasi kelima (5G) menjelang akhir 2025, kata syarikat teknologi dan telekomunikasi Ericsson.

PwC Malaysia Pindah Ke TRX, Perkukuh Status KL Sebagai Hab Kewangan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kehadiran PricewaterhouseCoopers Malaysia Holdings Sdn Bhd (PwC Malaysia) sebagai penyewa utama di Tun Razak Exchange (TRX) menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama perniagaan global serta memperkukuh ekosistem Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) Malaysia itu.

MIDF Amanah: Penutupan Selat Hormuz Dijangka Bawa Risiko Kecil Kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kemungkinan penutupan Selat Hormuz oleh Iran berikutan undian di parlimen negara itu baru-baru ini dijangka hanya memberi risiko kecil kepada Malaysia, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari dengan indeks penanda aras naik 0.34 peratus, menjejaki sentimen optimis dalam kebanyakan pasaran serantau.

Malaysia Berpotensi Jadi Pintu Masuk Republik Kyrgyz Ke ASEAN -- Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia yang juga pengeksport semikonduktor keenam terbesar global, berpotensi menjadi pintu masuk Republik Kyrgyz ke rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Malaysia Sasar 10,000 Pemula Niaga Tersenarai Di 'Startup ASEAN' Menjelang Hujung Tahun - MOSTI

PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 10,000 syarikat pemula niaga (startup) menjelang akhir tahun ini menerusi platform Startup ASEAN yang baru dilancarkan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Beberapa Mata Wang Utama Lain

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh ketegangan geopolitik yang reda dan data ekonomi AS yang hambar sekali gus mengekalkan tekanan ke atas dolar.

Presiden Republik Kyrgyz Bertemu Syarikat Malaysia, Bincang Peluang Pelaburan

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Presiden Republic Kyrgyz Sadyr Zhaparov hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil syarikat Malaysia daripada pelbagai sektor untuk meneroka peluang kerjasama perniagaan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Ekoran Petunjuk Serantau Bercampur-campur, Ringgit Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Rabu, berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Tubuh Kementerian Pengangkutan Penuh Pacu Pembaharuan Logistik Sabah - Pakar

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Pakar pengangkutan dan logistik menggesa kerajaan Sabah mewujudkan Kementerian Pengangkutan penuh untuk melaksanakan pembaharuan institusi dan perancangan strategik jangka masa panjang.

Malaysia Rekod Aliran Masuk FDI RM51.5 Bilion Pada 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia merekodkan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM51.5 bilion pada 2024, meningkat daripada RM38.6 bilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kestabilan Politik Dan Visi Jangka Panjang Di Sarawak Hasilkan Pembangunan Konsisten - CILT

LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Walaupun berkongsi geografi dan aspirasi ekonomi sama, Sarawak dan Sabah telah mengambil langkah sangat berbeza dalam pembangunan infrastruktur.