9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menjejaki kenaikan harga di COMEX apabila pelabur terus beralih kepada logam berharga itu dalam keadaan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekonomi global.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti jualan dalam sektor perkhidmatan kewangan dan produk industri dan perkhidmatan berwajaran tinggi dalam persekitaran ketegangan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell.
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau yang melemah dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Harga minyak global terus menerima tekanan berikutan rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Rystad Energy hari ini.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), ketika pelabur mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan terhadap kestabilan politik dan ekonomi global, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan menjadi pemangkin kepada usaha Pavilion Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM13 bilion semasa Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Kansai, Jepun.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Platform e-dagang Taobao Malaysia merancang untuk melancarkan antara muka (interface) dalam Bahasa Malaysia menjelang Jun 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$3.84 bilion (US$1 = RM4.39).
9bulan ago
BEIJING, 19 April (Bernama) -- Sebagai wartawan, sudah tentu saya telah banyak menulis dan membaca laporan berkaitan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China meliputi siri balas-membalas tarif, kenyataan politik, ketegangan ekonomi sehinggalah reaksi pasaran.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Indeks pasaran utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus menguji paras psikologi 1,500 mata minggu hadapan, dengan pergerakan berterusan melepasi paras itu berkemungkinan meningkatkan keyakinan pelabur dan menarik aliran masuk asing.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan dengan kecenderungan menurun di sebalik ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan mewujudkan Perikatan Impak MSPO menjelang suku ketiga tahun ini, satu platform pelbagai pihak berkepentingan baharu yang direka untuk meneroka dan menguji model inovatif yang meluaskan nilai pensijilan.