Terdapat 846 berita berdasarkan kata kunci carian " perbelanjaan"

Kerajaan Selangor Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM3 Bilion

SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.

BNM: Projek Mega Dijangka Terus Sokong Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Pada 2025

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Meskipun tiada pembangunan projek mega diumumkan pada Belanjawan 2025, namun projek mega yang sedang berjalan dilihat akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Pelaburan, Eksport Kukuh Pacu Pertumbuhan Kdnk Suku Ketiga Malaysia Kepada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.

Nice Jangka Loji Larut Resap Sokor Utara Lonjak Perolehan Pada Suku Ketiga 2025

Daripada Engku Shariful Azni Tengku Ab Latif

TANAH MERAH, 15 Nov (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (Nice) berjaya mengoperasikan loji larut resap di Lombong Emas Sokor Utara di sini.

Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan Dijangka Dibentang Tahun Depan - MOF

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).

MIDF Amanah Unjur Pertumbuhan KDNK Suku Ketiga Malaysia Pada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik, kata  MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Wasco Tubuh Rangka Kerja Kewangan Peralihan Dan Mampan Pertama ASEAN

SINGAPURA, 14 Nov (Bernama) -- Kumpulan tenaga bersepadu, Wasco Bhd telah menubuhkan Rangka Kerja Kewangan Peralihan dan Mampan bersepadu, yang pertama seumpamanya di ASEAN serta berjaya melaksanakan pinjaman berkaitan kemampanan pertamanya sebanyak US$25 juta.

Kerajan Peruntuk RM7.063 Bilion Suntikan Modal Biayai Kewangan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.063 bilion sebagai suntikan modal bagi membiayai komitmen kewangan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kementerian Kewangan Teliti Pemohonan Bayar Balik ICPT Kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air sedang meneliti serta menimbang permohonan bayaran pelepasan kos tidak berimbang (ICPT) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd berjumlah RM162 juta bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 .

Bank Muamalat, CGC Lancar Skim 'Halal Portfolio Guarantee-i' Pertama Sokong PKS

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan Skim “Halal Portfolio Guarantee-i” pertama dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang kukuh kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Anak Syarikat Scientex Cadang Wujud Program Sukuk Wakalah Sehingga RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Scientex Bhd (Scientex), Scientex Quatari Sdn Bhd bercadang mewujudkan Program Sukuk Wakalah apabila ia akan menerbitkan nota jangka sederhana Islam berbilang mata wang sehingga RM1.5 bilion dalam nilai nominal.

Produk Minuman Life Water Tidak Terjejas Dengan Cukai Gula

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan cukai gula yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 tidak akan menjejaskan produk minuman berkarbonat yang dikeluarkan oleh Life Water Bhd.