Terdapat 1258 berita berdasarkan kata kunci carian " dana "

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.

Jangkaan Tindak Balas Tarif, Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika kebimbangan mengenai tindak balas terhadap tarif yang dijangka berkuat kuasa pada 2 April yang hanya menjadikan pelabur lebih berhati-hati.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Lewat Dagangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan penjualan lewat mempengaruhi pasaran manaka pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Operasi Institusi Kewangan Kekal Berdaya Tahan – BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.

Kadar Kelulusan Lebih Tinggi, Pembiayaan IKP Beri Manfaat Kepada Lebih 14,000 Perniagaan

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 14,000 perniagaan dapat mengembangkan operasi masing-masing seperti yang dibuktikan oleh perolehan jualan dan pengembangan perniagaan yang lebih tinggi seiring dengan peningkatan pembiayaan terkumpul di bawah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP).

Keuntungan Insurans Hayat, Takaful Saksikan Penurunan Separuh Masa Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion ,  didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.

Pertumbuhan Deposit Bank Perlahan Kepada Tiga Peratus Pada Separuh Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Deposit sistem perbankan berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak tiga peratus pada separuh kedua 2024 dipacu oleh pertumbuhan deposit perniagaan pemastautin selain sebahagiannya mencerminkan kos lebih tinggi dan pembayaran balik hutang.

Pelabur Asing Jual Ekuiti US$564.9 Juta Dari Pasaran Asia - MIDF

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di lapan pasaran Asia dengan jumlah aliran keluar dana mencecah US$564.9 juta pada minggu lepas, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh tetapi kemudiannya merosot disebabkan kekurangan pemangkin baharu.

Bursa Malaysia Dijangka Terus Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat sedikit menjelang cuti Hari Raya, kata penganalisis.

Minat Terhadap Saham Mewah Dorong FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham mewah, kata penganalisis.

PruBSN Perkukuh Nilai Ta’awun, Tingkat Kesedaran Takaful

PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) terus komited memperkukuh nilai kebersamaan dan saling membantu menerusi program Ta’awun Ramadan yang kembali untuk tahun kedua.