BERITA TERKINI   Piala Malaysia: PDRM FC 1-0 Negeri Sembilan FC (Agregat 1-5) | Kerajaan Persekutuan akan terus buka ruang perbincangan secara harmoni dan saling hormat bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah - PM Anwar | PM Anwar rakam penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah atas kerjasama erat zahir MA63 secara adil | Kerajaan MADANI paling giat, banyak selesaikan perkara berhubung MA63 hasil kesungguhan, muafakat semua pihak - PM Anwar |  PM setuju secara prinsip mempertimbangkan penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak, perlu rundingan lanjut SPR - TPM Fadillah | 

Terdapat 790 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang "

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit pada Isnin dalam persekitaran sentimen lemah berikutan peniaga menilai semula pendirian mereka terhadap kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengambil masa lebih lama untuk menurunkan kadar faedah, kata ahli ekonomi.

Ringgit Dijangka Stabil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.

Konflik Timur Tengah Dijangka Kekalkan Minat Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Aliran minat terhadap kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan kekal pada minggu depan susulan ketegangan di Timur Tengah.

Kenaikan Ringgit Beri Manfaat Kepada Malaysia Tetapi Belum Capai Nilai Saksama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit belum mencapai nilai saksama walaupun mencatatkan peningkatan berbanding dolar AS baru-baru ini dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, meningkat daripada penyusutan baru-baru ini.

Ringgit Dbuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika pada Jumaat mendapat sokongan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam  geopolitik.

Ringgit Diunjur Kekal Kukuh - Ketua Ahli Ekonomi AMRO

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.

Asas Ekonomi Kukuh Antara Faktor Sokong Pertumbuhan Ringgit - Gabenor

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS, Naik Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini tetapi meningkat berbanding mata wang utama lain berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus mengukuh dalam persekitaran risiko geopolitik yang meningkat, kata penganalisis.

Ringgit Susut Diasak Risiko Geopolitik, Namun Kekal Mata Wang Prestasi Terbaik Global

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak risiko geopolitik yang meruncing dan mencetuskan minat belian aset selamat seperti mata wang negara maju berkenaan.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, berikutan sentimen enggan ambil risiko dalam kalangan pelabur, dipengaruhi peningkatan ketegangan geopolitik global, kata penganalisis.