BERITA TERKINI   Kerjasama PH, BN wajar diteruskan untuk kestabilan politik serta dasar kerajaan - PM Anwar | Penguasaan teknologi, AI dan digitalisasi perlu seiring dengan penekanan nilai manusiawi, akhlak serta agama - PM Anwar | MotoGP: Pelumba Prima Pramac Jorge Martin menang perlumbaan pecut GP Malaysia | PM Anwar arahkan Khazanah lakukan audit dalaman bagi siasat kerugian pelaburan dalam FashionValet | Prestasi dan integriti DOSM tidak boleh dipertikai, bantu negara pacu pertumbuhan ekonomi, pengagihan yang lebih adil - PM Anwar | 

Terdapat 1062 berita berdasarkan kata kunci carian "kuala lumpur"

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, berikutan sentimen enggan ambil risiko dalam kalangan pelabur, dipengaruhi peningkatan ketegangan geopolitik global, kata penganalisis.

IILM Terbitkan Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.14 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM)  menyelesaikan terbitan semula agregat US$1.14 bilion (US$1=RM4.1530) untuk sukuk jangka pendek, masing-masing bagi tempoh satu, tiga dan 12 bulan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan pada Isnin untuk ditutup lebih tinggi hari ini.

MIDF Research Jangka Momentum Pertumbuhan Ekonomi Positif Malaysia Akan Kekal

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Momentum ekonomi Malaysia yang positif dijangka kekal dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila Indeks Pelopor (IP) naik kepada 5.2 peratus tahun ke tahun pada Julai 2024. 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Kebanyakannya

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi kebanyakannya pada Selasa berikutan risiko geopolitik di Timur Tengah dan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah.

BNM Kenakan Penalti Kepada Agrobank Kerana Tidak Patuh Akta Institusi Kewangan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM660,000 terhadap Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) pada 3 Sept 2024 kerana tidak mematuhi subseksyen 41(4) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan ketara baru-baru ini, sejajar dengan mata wang serantau lain, apabila AS memberi isyarat pengurangan kadar faedah yang lebih rendah pada masa depan.

CIMB Bekerjasama Dengan CGC Tawar Pembiayaan Tambahan RM1.5 Bilion Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Bank) telah bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menawarkan pembiayaan tambahan RM1.5 bilion melalui skim jaminan portfolio kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengukuhan Ringgit Beri Kelebihan Kepada Sektor Pengguna, REIT Dan Perladangan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik, menurut Bursa Malaysia Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Belian Pada Harga Rendah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketika harga rendah selepas jualan secara besar-besaran tiga hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.

Tokyo Game Show 2024 Tarik Lebih 274,000 Peserta Seluruh Dunia

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- The Tokyo Game Show (TGS 2024) yang diadakan dari 26 hingga 29 Sept, 2024 di Makuhari Messe di Chiba, Jepun, berjaya menarik 274,739 peserta, meningkat daripada 243,238 peserta pada 2023.