Terdapat 918 berita berdasarkan kata kunci carian " rugi"

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan tidak berubah, seiring prestasi pasaran serantau dalam persekitaran prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis. 

Saham Di Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan aktiviti penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman terutamanya dalam saham teknologi, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada dagangan tengah hari Khamis dan menjejaki pasaran serantau susulan prestasi semalaman Wall Street yang susut.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Diasak Penyusutan Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Meningkat Di Tengah-tengah Prestasi Bercampur-campur Pasaran Asia

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dan ditutup tinggi berikutan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia.

Aktiviti Perelok Akaun Pacu Kenaikan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada dagangan tengah hari ini, didorong oleh aktiviti memperelok akaun yang berterusan dalam kaunter tertentu, didahului segmen utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Seiring Penyusutan Wall Street

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka mendatar pada Rabu dan seterusnya rendah, menjejaki penyusutan semalaman pasaran Wall Street, kata penganalisis.

Keseluruhan Pasaran Positif, FBM KLCI Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan prestasi sedikit rendah pada Jumaat, berikutan pengambilan untung menguasai dagangan dalam keadaan pelabur berhati-hati.

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului oleh produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Ketika Wall Street Lemah

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan mencatat peningkatan kecil di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

Belian Saat-saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Dalam Zon Positif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Aktiviti belian pada saat-saat akhir, terutama bagi saham-saham kewangan dan perladangan, memacu momentum Bursa Malaysia untuk mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih positif, sekali gus menamatkan penyusutan dalam sesi awal.