BERITA TERKINI   CEO perniagaan telekomunikasi Axiata Group Dr Hans Wijayasuriya akan lepas jawatan pada Januari 2025, bakal teraju transformasi digital Sri Lanka | Monsun Timur Laut: Hujan lebat berpotensi di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah pada Jan-Feb 2025 - KP MetMalaysia | Fasa awal Monsun Timur Laut dari Nov-Dis 2024, hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah - KP MetMalaysia | Monsun Timur Laut dijangka bermula 5 Nov hingga Mac 2025, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku - KP MetMalaysia | 

Terdapat 1065 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Untung Bersih Yinson Turun Kepada RM203 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd (Yinson) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu RM203 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai, 2024 berbanding RM230 juta yang dicapai pada suku sama tahun kewangan 2024.

2,000 GLC Akan Diaudit Mulai Tahun Depan - Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.

Kerajaan Tingkatkan Tadbir Urus Dengan Pendigitalan, Inisiatif Audit Berasas Risiko - Lim

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan tahap piawaian tadbir urus, dengan Jabatan Audit Negara memulakan projek transformatif yang menekankan kepada kepentingan pendigitalan, pengauditan berasaskan risiko dan tadbir urus kolaboratif.

Terima Guna Piawaian Audit Dalaman Global Perkukuh Kelebihan Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Penerimagunaan Piawaian Audit Dalaman Global baharu yang ditetapkan berkuat kuasa pada 9 Jan, 2025 akan memperkukuh daya saing Malaysia, menurut Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIA Malaysia).

AirAsia Gesa Landskap Perjalanan Udara ASEAN Bersifat Lebih Liberalisasi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Walaupun operasi berkembang pesat di negara-negara ASEAN utama, kesukaran berterusan AirAsia untuk mendapatkan lesen operasi di Singapura mengetengahkan cabaran utama dalam sektor penerbangan - konflik antara perlindungan nasional dan keperluan kepada persaingan terbuka.

Motorsikal Malaysia, Thada Pacu Momentum Pasaran EV Di Kemboja

Daripada Vijian Paramasivam

PHNOM PENH, 30 Sept (Bernama) -- MCLS Synergy Co. Ltd, sebuah syarikat milik Malaysia di Kemboja berhasrat untuk mengembangkan penguasaan dalam sistem pengangkutan mesra alam yang semakin popular di negara itu melalui jenama motosikal elektriknya, Thada.

MAVCOM Lapor 32 Peratus Penyusutan Dalam Aduan

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap geopolitik di Timur Tengah, kata penganalisis.

ASM 3 Umum Agihan Pendapatan RM837.89 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM837.89 juta untuk Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), yang akan memanfaatkan 650,487 pemegang unit yang kini memiliki 17.64 bilion unit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$116.77 Bilion Pada Akhir Ogos 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi berjumlah US$116.77 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$88.9 juta pada akhir Ogos 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Pelabur Asing Jadi Penjual Bersih Catat RM527 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pelabur asing menjadi penjual bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas berikutan mereka mengambil keuntungan selepas membeli bersih selama enam minggu berturut-turut, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

BMI Unjur Defisit Malaysia Susut Di Bawah 4 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran terhadap defisit belanjawan Kerajaan Persekutuan lebih rendah berbanding 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, kepada 4.3 peratus pada 2024, dan seterusnya 3.9 peratus pada 2025.