10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mendorong peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah yang lebih kecil.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain berlaku gangguan bekalan akibat cuaca buruk di Thailand, kata seorang peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian peralatan sanitari bilik mandi dan dapur, Sorento Capital Bhd menyasar mengumpul RM57.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) dan merancang merekrut 200 pengedar baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar dengan prestasi Wall Street yang positif selepas senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada September mengatasi jangkaan, menunjukkan ekonomi kekal kukuh.
10bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit pada Isnin dalam persekitaran sentimen lemah berikutan peniaga menilai semula pendirian mereka terhadap kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengambil masa lebih lama untuk menurunkan kadar faedah, kata ahli ekonomi.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam julat terhad dengan kecenderungan meningkat, berikutan kebimbangan berterusan perubahan iklim yang lebih ekstrem disebabkan keadaan cuaca yang tidak boleh dijangkakan, kata pakar industri Denis Low.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) 2024 yang ke-19 akan memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan wanita.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disangga oleh permintaan yang stabil.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.