1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Siemens Energy Pte Ltd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini sedang meneroka integrasi tenaga hidrogen dengan loji jana kuasa berskala besar milik TNB.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Destini Bhd menerusi anak syarikatnya, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan bagi peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk memulakan pembangunan tenaga nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) sedang mengukuhkan landskap kewangan Islam dan digital dengan pelancaran pelan induk blockchain (lejer digital terbuka) patuh Shariah dan insentif cukai baharu bertujuan menjadikan Labuan sebagai hab kewangan digital terkemuka.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Labuan yang dilancarkan pada 2022, berjaya mencatat pencapaian bermakna dengan aset digital terkumpulnya mencecah US$820 juta, setakat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Microlink Solutions Bhd menerusi anak syarikatnya, Microlink Systems Sdn Bhd (MSSB) memperoleh projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) bernilai RM83.51 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pemilik dan pengendali pusat beli-belah terbesar Malaysia, Sunway Malls mengunjurkan pertumbuhan lima peratus tahun ini, didorong oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024 dan inisiatif penambahan aset iaitu Oasis di Sunway Pyramid yang mula beroperasi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.6 bilion (US$1 = RM4.40) setakat 30 Okt, 2024, berbanding US$119.6 bilion pada 15 Okt 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) menandatangani beberapa perjanjian untuk membangunkan 10 bidang tanah pegangan bebas di Selangor, susulan penyertaannya dalam proses permintaan untuk cadangan (RFP) yang dimulakan oleh Boustead Properties Bhd (BProp).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui bahagian Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) memeterai dua memorandum persefahaman (MOU) bertujuan meningkatkan kecekapan teknologi dan operasi dalam sektor penerokaan dan pengeluaran (E&P) Malaysia
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas ekoran prestasi kukuh dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi, kata penganalisis.