Terdapat 1366 berita berdasarkan kata kunci carian " ibr"

Peralihan Ketara Malaysia: Mengharungi Cabaran Penting Subsidi Bersasar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.

Ferrotec Buka Kemudahan Kedua Di Kulim Dengan Pelaburan RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ferrotec Holdings Corporation, sebuah syarikat pembekal global dalam bahan termaju, komponen dan penyelesaian sistem berketepatan tinggi melancarkan kemudahan pembuatan berteknologi tinggi yang kedua di Kulim, Kedah, dengan pelaburan hampir RM1 bilion (US$226 juta).

Unit Petronas Hantar Kargo LNG Pertama Kepada Anak Syarikat PetroVietnam

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui anak syarikatnya Petronas LNG Ltd (PLL) memuktamadkan penghantaran kargo gas asli cecair (LNG) pertamanya kepada anak syarikat PetroVietnam (PVN), PetroVietnam Gas (PV Gas).

Turkiye Minat Jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

ISTANBUL, 23 April (Bernama) -- Turkiye berminat untuk menjadi Rakan Dialog ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mei dan November ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

PM Anwar Sahkan Sidang Khas Dewan Rakyat Bahas Isu Tarif AS 5 Mei

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 5 Mei ini bagi membincangkan isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Malaysia.

Malaysia Digesa Pelbagaikan Pasaran Minyak Sawit Susulan Isu Tarif AS - MPOB

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia digesa agar mempelbagaikan pasaran minyak sawitnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada destinasi import tunggal komoditi itu berikutan isu tarif yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat (AS).

JS-SEZ Bakal Perkukuh Daya Tahan Rantaian Bekalan ASEAN – Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU, 21 April  (Bernama) --  Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal membantu meningkatkan lagi kecekapan dan daya tahan rantaian bekalan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tarif AS Beri Peluang Malaysia Rombak Strategi Perkukuh Ekonomi Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat memberi peluang kepada Malaysia untuk merombak strategi dalam memacukan lagi pengukuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lawatan Kerja PM Anwar Ke Thailand Tarik Potensi Eksport RM1.07 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand yang berakhir hari ini menarik potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion yang merangkumi produk seperti alat ganti automatik, pembinaan, minyak dan gas, tenaga dan peranti perubatan.

Pelaburan Domestik, MoU Dengan China Pacu Industri Baharu - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Malaysia perlu terus menumpukan usaha mempelbagaikan asas eksport dan meningkatkan kualiti pelaburan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

ASEAN Tolak Sebarang Bentuk Tarif Dikenakan Secara Unilateral - PM Anwar

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dengan menyatakan langkah sedemikian bercanggah dengan semangat multilateralisme.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia Komited Pacu Pelaksanaan DEFA - Gobind

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, komited untuk memastikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.