BERITA TERKINI   Liga Super: NSFC 2-1 Kelantan The Real Warriors | Liga Super: Imigresen FC 1-1 Melaka FC | Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | 

Terdapat 895 berita berdasarkan kata kunci carian " rupiah"

Ringgit Naik Untuk Sesi Ketiga Berturut-turut Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu ini dengan mencatatkan positif, terus meningkat berbanding dolar AS untuk sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat menjelang data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Berikutan Keyakinan Meningkat Terhadap Satu Lagi Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keyakinan yang meningkat bahawa terdapat satu lagi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan bulan ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis di sebalik sentimen belian lebih baik terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu.

Ringgit Lebih Rendah Daripada Dolar AS Dalam Dagangan Awal

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit kekal lebih rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur terus berwaspada mengenai perkembangan pasaran global, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Pelabur Pilih Mata Wang Selamat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila unjuran ekonomi global mendorong pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Urus niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang global, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 2 Dis Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat termasuk dolar AS, kata penganalisis.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati berikutan ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap negara-negara BRICS jika mereka mewujudkan mata wang saingan kepada dolar AS.

Ringgit Dijangka Didagangkan Dalam Julat 4.42 Hingga 4.44 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.4275 hingga 4.4475 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan sedikit kecenderungan meningkat, didorong jangkaan pengurangan kadar faedah AS pada Disember.

Ringgit Ditutup Tinggi, Cerminkan Trend Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir bulan ini, mencerminkan pengukuhan beberapa mata wang serantau.