BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Terdapat 8705 berita berdasarkan kata kunci carian "v"

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa.

Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Penurunan Harga Minyak Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya terus menjejaskan sentimen, kata peniaga minyak sawit.

Khazanah Lancar Jelawang Capital, Pacu Ekosistem Modal Teroka Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd pada Isnin melancarkan Jelawang Capital Sdn Bhd (Jelawang Capital) iaitu ‘national fund-of-funds’ (NFOF) bagi memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka negara ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini didorong oleh pembelian semasa harga murah, kata seorang penganalisis.

SEGIM Langkah Proaktif Malaysia Wujud Ekosistem Ekonomi Gig Lebih Mampan

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia (SEGiM) menjadi bukti jelas tindakan Malaysia dalam mengambil langkah proaktif bagi membentuk ekosistem ekonomi gig yang lebih mampan dan inklusif. 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Batu Kawa Berpotensi Dibangunkan Seperti Bandar Sunway - Abang Johari

KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer (km) dari bandar raya ini berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin mencerminkan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Sentimen Berhati-hati, Pemilihan Presiden AS Dorong Bursa Ditutup Rendah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah dalam persekitaran berhati-hati berikutan minggu yang sarat dengan pengumuman data ekonomi serta kebimbangan berterusan mengenai pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS).

McDonald's Malaysia Perluas Perniagaan Di Sabah, Buka Restoran Baharu Di Tuaran

TUARAN, 28 Okt (Bernama) -- McDonald's Malaysia terus mengorak langkah memperluas operasi perniagaannya di Sabah dengan membuka satu lagi restoran baharu iaitu McDonald's Pandu-Lalu Tuaran Town di sini.

KKDW Jalin Kerjasama 26 Rakan Strategik Bantu Usahawan Desa Adaptasi Perniagaan Digital

TAWAU, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjalinkan kerjasama dengan 26 rakan strategik berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan digital bagi membantu usahawan desa mengadaptasi bidang itu melalui Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU).