2bulan ago
CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor negara memerlukan sokongan rangkaian antarabangsa yang kukuh, khususnya dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, bagi memastikan ia terus berkembang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
IPOH, 6 Nov (Bernama) -- Usaha sama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Gamuda Bhd (JV PKNPk-Gamuda) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menjual lebihan air terawat pukal daripada Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) ke Pulau Pinang, dan bekalan itu dijangka siap menjelang 2031.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerjasama lebih kukuh antara kerajaan dan industri penting bagi membantu melindungi negara, perniagaan dan rakyat di seluruh ASEAN ketika kecerdasan buatan (AI) dan teknologi canggih mencorakkan semula ekonomi global dan mengubah landskap ancaman siber.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kadar jenayah kewangan yang meningkat menggariskan keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan seluruh ekosistem bagi menangani ancaman itu, kata Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) esok.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia terus berdaya tahan tahun ini walaupun dalam suasana ketidaktentuan luaran dan ketidakpastian berkaitan dengan dasar perdagangan Amerika Syarikat, menurut S&P Global Ratings (S&P).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- IJM Corporation Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, IJM Construction Sdn Bhd meraih kontrak daripada New Pantai Expressway Sdn Bhd untuk mereka bentuk dan membina Sambungan Lebuhraya Pantai Baru (NPE 2) yang bernilai RM1.4 bilion.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan, Silicon X Sdn Bhd mencatat pencapaian penting dalam industri semikonduktor negara dengan kejayaan ujian operasi pertama cip Field Programmable Gate Array (FPGA), sekali gus menandakan satu langkah besar ke arah merealisasikan aspirasi berteknologi tinggi Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa industri kewangan untuk memanfaatkan prinsip kolaborasi, kreativiti dan tatalaku dalam mendepani cabaran baharu serta melindungi integriti ekosistem kewangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewujudkan satu pusat data khusus untuk menyimpan semua data negara bagi melindungi kedaulatan maklumat, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).
3bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sekali gus memecahkan aliran menurun berbilang hari.