BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior FC 0-2 DPMM FC | Piala Malaysia: Melaka FC 2-2 Sabah FC | 

Terdapat 1077 berita berdasarkan kata kunci carian " mesyuarat"

Pengesahan 18 PED, Nilai Semula Pelan AEC Antara Tumpuan Penting AEM Ke-31 - MITI

Oleh Norsyafawati Ab Wahab dan Mohd Khairi Idham Amran

KOTA TINGGI, 25 Feb (Bernama) -- Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) dan menilai semula kemajuan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN  (AEC) 2026-2030.  

Timor-Leste Dijangka Mampu Beri Sumbangan Positif Kepada ASEAN - MITI

Oleh Mohd Khairi Idham Amran and Norsyafawati Ab Wahab

KOTA TINGGI, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia, selaku pengerusi ASEAN 2025 yakin Timor-Leste akan menjadi ahli baharu yang mampu memberi sumbangan positif kepada blok serantau itu, kata Setiausaha Bahagian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.

HLTF_EI Capai Kemajuan Penting Dalam Beberapa Bidang Utama - KSU MITI

KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau.

ASEAN : Mesyuarat HLTF-EI Ke-47 Bincang Perkembangan Ekonomi Serantau, Global

KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) ke-47 selama dua hari, bermula di Pusat Konvensyen Desaru Coast hari ini bagi membincangkan agenda strategik, termasuk perkembangan ekonomi di peringkat serantau dan global.

Laksa Johor MakEte 'Terbang' Ke UK Menerusi Platform e-Dagang Halal Street UK

Oleh Nur Fatin Mohmad Kedenen

KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Laksa Johor MakEte dari Segamat, keluaran seorang pengusaha wanita diterbangkan ke United Kingdom (UK) menerusi platform e-dagang Halal Street UK.

Usahawan Wanita Manfaat Sumber Tumbuhan Hasilkan Kraf Menerusi Teknik Eco Print

KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Seorang usahawan wanita memanfaatkan sumber tumbuhan seperti daun dan bunga untuk menghasilkan motif pada permukaan fabrik, sekali gus diolah menjadi produk kraf dengan menggunakan teknik cetakan kreatif (eco print).

Mesyuarat WG-AEC Ke-12 Berakhir Selepas Bersidang Dua Hari

KOTA TINGGI, 23 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Kumpulan Kerja-Komuniti Ekonomi ASEAN (WG-AEC) Ke-12 berakhir hari ini selepas berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Desaru Coast, dekat sini.

Usahawan Kraf Mahu Tonjol Keunikan Batik Johor Di Mata Dunia

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

KOTA TINGGI, 23 Feb (Bernama) -- Usahawan kraf wanita yang berasal dari Tangkak memasang impian melihat Batik Johor yang bermotifkan identiti negeri itu seperti lada hitam, nanas dan gambir dikenali di mata dunia.

Ringgit Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 2 Minggu

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Taman Perindustrian Ekonomi Biru Bakal Dibangunkan Di Kudat - Hajiji

KOTA KINABALU, 20 Feb (Bernama) -- Sabah memanfaatkan potensi ekonomi biru melalui penubuhan Taman Perindustrian Ekonomi Biru (BEIP) di Kudat bagi memacu ekonomi dan pembangunan negeri, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan, menurut penganalisis.