BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | 

Terdapat 1376 berita berdasarkan kata kunci carian " domestik"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, mengubah kenaikan pada awal dagangan berikutan kebimbangan mengenai pengeluaran yang meningkat dan paras stok domestik yang tinggi yang menjejaskan sentimen pasaran.

KDNK Malaysia Diunjur Menyederhana Kepada 4.0 Peratus Pada 2025 - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2025 berbanding 5.1 peratus pada 2024.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong keyakinan baharu terhadap perdagangan global, kata  penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Meningkat, Indeks Utama Cecah Intra Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal hari ini apabila indeks petunjuk utamanya mencecah paras intra harian tertinggi, seiring prestasi positif pasaran serantau serta aktiviti belian saat-saat akhir saham telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan berkaitan pusat data.

MARC Jangka KDNK Suku Pertama Malaysia Tumbuh 4.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (1Q2025), berbanding 5.0 peratus pada suku sebelumnya, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).

SD Guthrie Hantar Minyak Sawit Pertama Bebas Tarif Di Bawah CPTPP Ke UK

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- SD Guthrie Bhd buat pertama kalinya menghantar minyak sawit mampan (CSPO) yang diperakui Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit (RSPO) bebas tarif ke United Kingdom di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Bimbang Terhadap Pengeluaran, Eksport Lemah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dan permintaan eksport yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

BNM Kenakan Denda Berjumlah RM35,000 Ke Atas Merchantrade Asia, JAGS Money

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sejumlah RM35,000 dalam bentuk penalti monetari pentadbiran (AMP) ke atas Merchantrade Asia Sdn Bhd dan JAGS Money Sdn Bhd.

Industri Insurans Am Kekal Berada Pada Pertumbuhan Stabil - PIAM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri Insurans Am di Malaysia kekal berada pada pertumbuhan yang stabil walaupun terdapat ketidaktentuan faktor luaran dan kos inflasi, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Teruskan Aliran Meningkat

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran naik semasa awal dagangan pada Selasa, meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong minat belian ke atas mata wang tempatan, dalam keadaan penurunan Indeks Dolar AS (DXY).

Malaysia Tunjuk Daya Tahan Makroekonomi, Kestabilan Politik Harungi Ketidaktentuan Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Daya tahan makroekonomi dan kestabilan politik merupakan kekuatan utama bagi Malaysia dalam mengharungi persekitaran ekonomi global yang tidak menentu di tengah-tengah peralihan dasar Amerika Syarikat (AS), menurut RHB Investment Bank Bhd.