8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) kekal optimis terhadap prospek tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meskipun beroperasi dalam persekitaran industri minyak dan gas yang mencabar ketika ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd menyemak semula sasaran akhir tahunnya bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,630 daripada unjuran awal 1,730, sejajar dengan penurunan pendapatan korporat baru-baru ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities) telah mengunjurkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada Julai 2025, mempunyai kesan langsung yang terhad kepada sektor automotif.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meningkat sebanyak 2.6 peratus pada Mei 2025 untuk mencecah RM252.48 bilion, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi bulan ke-17 berturut-turut sejak Januari 2024.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal Jumaat berikutan ketiadaan pemangkin baharu selain pasaran Wall Street yang tidak beroperasi semalam, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, dengan konflik antara Israel dan Iran yang berterusan menyebabkan ketidaktentuan pasaran, terutamanya dalam sektor minyak dan tenaga.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh aliran penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
8bulan ago
BANGI, 19 Jun(Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi mengalu-alukan penyertaan pemain industri yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam usaha mengkomersialkan hasil inovasi berasaskan sawit.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Wide Agro Ventures Sdn Bhd bekerjasama dengan Orec Co Ltd, sebuah syarikat beribu pejabat di Fukuoka, Jepun, untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran dan pusat pengedaran tercanggih di Taman Perindustrian Seri Iskandar, Perak dengan pelaburan awal RM30 juta.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan Scientex Bhd hanya menerima kesan langsung yang minimum daripada ancaman tarif Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Uzbekistan dan Rusia bermula Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala selain meninjau potensi kerjasama dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.