8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Cement Industries of Malaysia Bhd (CIMA) memperuntukkan RM590,000 bagi pelaksanaan kajian untuk membangunkan penyelesaian konkrit marin mesra alam sekitar.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan pindaan kepada Syarat Penyenaraian (LR) Pasaran Utama, Pasaran ACE dan Pasaran LEAP, termasuk pengemaskinian mengenai rangka kerja mekanisme penyelamatan korporat dan pengecualian transaksi pihak yang berkaitan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd, Fullgoal Asset Management (HK) Ltd (Fullgoal HK) dan CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan penyenaraian dana dagangan bursa (ETF) asing di Bursa Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Malaysia giat memacu kemajuan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan dan mendukung Konsensus Lima Perkara (5PC) Myanmar, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) sedang membangunkan ekosistem bersepadu yang merapatkan jurang antara inovasi dan kemampanan, memperkukuh ekonomi luar bandar dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembangunan hijau.
8bulan ago
SHAH ALAM, 28 Mei (Bernama) -- BAADER, peneraju global dalam bidang pemprosesan dan teknologi makanan, secara rasmi membuka kilang pengeluaran terbaharunya, BAADER Food Systems Asia Sdn Bhd, di sini hari ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao ke ibu pejabat Weststar Group mencerminkan komitmen bersama kumpulan itu dan kerajaan Timor-Leste untuk memperteguh kerjasama dua hala dalam penerbangan, perkhidmatan sokongan tenaga dan pembangunan ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Sembilan syarikat tempatan yang dipamerkan di bawah Pavilion Malaysia dan diselaraskan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah berjaya memperoleh urus niaga perniagaan bernilai RM235 juta (US$52.9 juta) di Ekspo SEMICON Asia Tenggara (SEA) 2025 baru-baru ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia mempunyai perancangan pelaburan digital mencecah RM59.1 bilion setakat April 2025, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- CIMB Bank Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama UnionPay International (UPI) bagi mempertingkatkan perkhidmatan pembayaran di Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM46.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM33.55 juta pada suku pertama tahun lepas.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Impak daripada usaha pengukuhan ekonomi digital rantau ini menerusi Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 dijangka sangat besar yang diunjur mencecah US$1 trilion menjelang 2030, kata seorang pakar ekonomi.