Terdapat 972 berita berdasarkan kata kunci carian " tertinggi "

Bursa Malaysia Capai 55 IPO, Tertinggi Dalam Masa 19 Tahun

 KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd meraih pencapaian penting pada 2024 apabila sebanyak 55 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan di bursa, iaitu jumlah penyenaraian tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun lepas.

Saham KL Susut Diasak Tekanan Jualan, Jejak Prestasi Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih rendah pada Jumaat, diheret turun oleh tekanan jualan ketara dan menjejaki pasaran serantau susulan prestasi semalaman pasaran ekuiti global yang hambar, kata penganalisis.

Pendapatan E-Dagang Malaysia Cecah RM918.2 Bilion Pada Sembilan Bulan Pertama 2024

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pendapatan e-dagang Malaysia mencatatkan pertumbuhan empat peratus kepada RM918.2 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024, dengan jumlah tertinggi dicapai pada suku kedua bernilai RM309.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, SMR 20 Tertinggi Sejak 2017

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, dengan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencecah paras tertinggi sejak 2017, mencatatkan 933.5 sen sekilogram pada April, kata peniaga.

Belian Saat-saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Dalam Zon Positif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Aktiviti belian pada saat-saat akhir, terutama bagi saham-saham kewangan dan perladangan, memacu momentum Bursa Malaysia untuk mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih positif, sekali gus menamatkan penyusutan dalam sesi awal.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.

Malaysia Miliki Potensi Sebagai Hab Serantau Bagi Pengeluaran, Inovasi EV - Fadillah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan inovasi kenderaan elektrik (EV), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Northport Catat Rekod Kendalian Kontena, Kargo Konvensional Tahunan

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd berjaya mencatat rekod baharu jumlah pengendalian tahunan untuk segmen perniagaan kontena dan kargo konvensional yang mencecah 3,328,508 unit bersamaan 20 kaki (TEU) setakat 27 Nov, 2024.

Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, dipacu oleh belian semasa harga rendah dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham utiliti dan perladangan.

MIDF Kekal Optimis Terhadap Prospek Perdagangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd kekal optimis tentang prospek perdagangan Malaysia dan prospek pertumbuhan sektor pembuatan, memandangkan permintaan eksport yang bertambah baik.

Pengeluaran Minyak Mentah, Kondensat Susut Kepada 41.8 Juta Tong Suku Ketiga 2024

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat berjumlah 41.8 juta tong pada suku ketiga 2024, menyusut sebanyak 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kerajaan Lulus Pelaburan RM489.5 Bilion Bagi Tempoh 2023-Jun 2024 - MITI

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM489.5 bilion pelaburan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 2023 hingga Jun 2024, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.