1tahun ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 mencerminkan komitmen bukan sahaja terhadap sasaran iklim global tetapi juga kepada pembangunan mampan dan ekonomi yang berdaya tahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Sapangar Bay Container Port (SBCP), melalui sinergi dengan DP World Plc yang berpangkalan di Dubai dan Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB), bersedia berintegrasi ke dalam rangkaian global DP World bagi meningkatkan peranannya secara strategik dalam Asia Tenggara dan membolehkannya memanfaatkan kepesatan pertumbuhan eksport di rantau ini.
1tahun ago
LABUAN, 9 Nov (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Melewar Industrial Group Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kesatuan Pengeksport Bijirin Rusia (RusGrain Union) untuk mendapatkan bekalan bijirin bagi tempoh jangka panjang sebagai respons kepada inisiatif kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan sektor keselamatan makanan negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Taobao Malaysia memperkenalkan pelbagai penambahbaikan perkhidmatan baharu bagi memudahkan lagi pembeli Malaysia membeli belah rentas sempadan dengan lancar.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Labuan yang dilancarkan pada 2022, berjaya mencatat pencapaian bermakna dengan aset digital terkumpulnya mencecah US$820 juta, setakat ini.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 7 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini bagi membincangkan kemajuan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat milik penuh AMMB Holdings Bhd (AMMB Holdings), AmBank (M) Bhd dan AmBank Islamic Bhd (AmBank Islamic) selesai memfailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Selasa untuk menubuhkan program terbitan kertas komersial dan kertas komersial Islam (ICP) masing-masing bernilai RM4 bilion serta RM3 bilion, mengikut nilai nominal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memanfaatkan kekuatan dan keupayaan tempatan di Sabah untuk menarik pelabur dalam sektor industri pembuatan berteknologi tinggi yang berfokuskan kepada aktiviti pembuatan hiliran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Gagasan Nadi Cergas Bhd bercadang untuk mengambil alih konsesi pengurusan aset asrama pelajar bernilai RM185 juta.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
BARCELONA, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Seorang Ahli Dewan Rakyat mencadangkan agar kerajaan menjadikan ekonomi hijau sebagai antara agenda utama ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.