BERITA TERKINI   Bangunan runtuh di Filipina: Wisma Putra berkata dua rakyat Malaysia terjejas, seorang disahkan selamat, status seorang lagi masih dalam proses pengesahan | Mindef teliti tawaran beberapa negara selesai isu peluru berpandu antikapal dari Norway - Mohamed Khaled | Hubungan kukuh industri pertahanan Malaysia-Turkiye didorong pertukaran pengetahuan dan pemindahan teknologi - Mohamed Khaled. | Sebahagian besar kandungan melibatkan penipuan dan judi dalam talian disebarkan menerusi Facebook - Fahmi | 91 peratus kandungan media sosial minta diturunkan adalah berkaitan scam dan judi dalam talian - Fahmi | 

Terdapat 510 berita berdasarkan kata kunci carian " dasar monetari"

OPR Dijangka Kekal 2.75 Peratus Pada Mesyuarat MPC 5 Mac

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB mengunjurkan kadar dasar semalaman (OPR) dikekalkan 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 5 Mac di tengah-tengah ketidaktentuan kadar tarif Amerika Syarikat (AS).

RHB IB Kekal Unjuran Inflasi 2026 Pada 1.8 Peratus Susulan Permintaan Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran inflasi bagi 2026 pada kadar 1.8 peratus (2025: 1.4 peratus), hampir kepada paras tertinggi julat rasmi 1.3–2.0 peratus yang mencerminkan permintaan domestik yang lebih kukuh. 

Permintaan Domestik, Pertumbuhan Eksport Pacu KDNK Malaysia 2026 Pada 4.5-4.7 Peratus

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bank pelaburan dan firma penyelidikan melaksanakan semakan semula atau mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 mereka kepada antara 4.5 peratus hingga 4.7 peratus, dipacu oleh permintaan domestik dan pertumbuhan eksport yang lebih kukuh, serta realisasi pelaburan yang berterusan.

Ringgit Dibuka Mengukuh Didorong Pertumbuhan KDNK Suku Keempat 2025 Lebih Baik Daripada Jangkaan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pada Isnin, didorong oleh momentum positif berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 sebanyak 6.3 peratus yang lebih baik daripada jangkaan diumumkan pada Jumaat lepas, kata penganalisis.

Dagangan Pasaran Getah Dijangka Mendatar Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mendatar dengan kemungkinan meningkat pada minggu depan, disokong oleh pengeluaran lateks lebih rendah berikutan musim daun getah luruh.

Ringgit Terus Meningkat, Dipacu Data Ekonomi Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat sebanyak 0.25 peratus berbanding dolar AS, mengukuh pada hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong oleh petunjuk ekonomi domestik yang memberangsangkan.

Penilaian Pasaran Tingkat Unjuran Pertumbuhan Malaysia Kepada 4.5–5.0 Peratus Tahun Ini -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Penilaian pasaran semasa telah memposisikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jajaran 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2026, mencerminkan pengukuhan permintaan domestik dan momentum pelaburan yang berterusan, sejajar dengan jangkaan Kementerian Kewangan serta institusi antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Diunjur Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Antara RM3.95 Dan RM3.96 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil sekitar RM3.95 hingga RM3.96 minggu depan berikutan pasaran menunggu lebih banyak pemangkin termasuk data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang.

Malaysia Teruskan Momentum Raih Semula Status Harimau Asia, Dipacu Reformasi Dan Keyakinan Global - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia meneruskan momentum untuk meraih semula status sebagai ‘Harimau Asia’ di peringkat ekonomi serantau dan global, dipacu oleh pembaharuan asas dan keyakinan antarabangsa yang semakin meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

BNM Terima 30-35 Permohonan Stablecoin, Uji Inisiatif Berasaskan Ringgit

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) menerima kira-kira 30 hingga 35 permohonan yang berkaitan dengan stablecoin dan inovasi aset digital, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Kerajaan Mungkin Pertimbang Semula Sokongan Terhadap Sektor REIT - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan semula penerusan sokongan terhadap sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) memandangkan industri itu telah mencapai tahap kematangan dan daya maju komersial yang tinggi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.