29hari ago
JOHOR BAHRU, 3 Dis (Bernama) -- JLand Group Sdn Bhd (JLG) menyasarkan pelaburan bernilai kira-kira RM40 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi fasa kedua projek pembangunan pusat data yang dikenali sebagai StepWest.
29hari ago
LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- ASEAN dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi digital yang lebih kukuh dalam tempoh dua tahun akan datang, disokong oleh permintaan awan yang semakin meningkat dan pelaksanaan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Webull Malaysia, anak syarikat Webull Corporation telah mengumumkan kerjasama strategik dengan AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) untuk melancarkan Moneybull, penyelesaian pengurusan tunai yang membolehkan pelabur memaksimumkan pulangan atas lebihan wang mereka atau yang tidak dilaburkan, sambil mengekalkan kecairan penuh.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Cadangan untuk membangunkan Tasik Kenyir sebagai hab pusat data berskala besar belum sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Sebanyak lima bank digital telah beroperasi dengan mencatatkan deposit berjumlah RM3.1 bilion setakat September 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
30hari ago
KUCHING, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak telah menerima peruntukan sebanyak RM326 juta di bawah Belanjawan Negeri 2026, kata Menterinya Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kerajaan bertanggungjawab untuk mewujudkan ekosistem yang membolehkan pihak industri berinovasi dan berkembang maju dalam era digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan melihat penglibatan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 DIs (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu memanfaatkan kekukuhan serta pertumbuhan perindustrian negara untuk berkembang, berinovasi dan meneroka pasaran luar supaya kekal berdaya saing di arena global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2025 yang merangkumi pindaan ke atas lima akta percukaian, iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Sidang kemuncak kepimpinan dan pemerkasaan ekonomi berfokuskan wanita terulung di Malaysia, WE2025 Future in Motion yang diadakan dari 25 hingga 27 November mencatatkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM109 juta, melepasi sasaran awal RM100 juta.
1bulan ago
KUCHING, 1 Dis (Bernama) -- Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi ruang kepada syarikat telekomunikasi negeri ini untuk turut terlibat dalam pelaksanaan projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).