21hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati, mengambil keuntungan menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan susulan prestasi Wall Street semalaman yang kebanyakannya rendah.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa dengan pasaran mengambil pendirian berhati-hati berikutan bermulanya mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.
22hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia yang bergerak dalam aliran rendah sepanjang hari, pulih semula untuk ditutup tinggi, disokong pembelian pada saat akhir ketika para pelabur dalam keadaan berwaspada namun optimis menjelang pengumuman keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) esok.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah hari ini, seiring sentimen serantau yang suram selain kelemahan Wall Street.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong oleh sentimen positif berikutan kekukuhan ringgit meskipun prestasi Wall Street adalah suram.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini apabila para peniaga mula mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari, yang bermula esok.
23hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan pagi ini, diasak aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatat penutupan lebih positif pada Jumaat lepas.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Pengeluar tempatan minuman “kombucha” atau soda semula jadi menerusi fermentasi teh, WonderBrew menyasar untuk menggandakan pengeluaran pada 2026 memandangkan jenama itu telah meningkatkan inovasi dan merangka strategi memperluas jejaknya di Asia Tenggara.
25hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data ekonomi minggu depan memandangkan pasaran bersedia menyesuaikan pegangan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember.
25hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lebih tinggi minggu hadapan, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang terus menarik minat pelabur terhadap aset pelindung nilai itu.