Terdapat 104 berita berdasarkan kata kunci carian " filipina"

Malaysia Komited Realisasikan Inisiatif Grid Kuasa ASEAN Tahun Hadapan – Fadillah

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

VIENTIANE (LAOS), 28 Sept (Bernama) -- Malaysia yang akan menjadi tuan rumah ASEAN pada 2025 komited untuk memastikan inisiatif strategik Grid Kuasa ASEAN (APG) dapat dimeterai tahun depan bagi manfaat serantau.

Ringgit Melonjak Ke Paras 4.12 Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS pada Jumaat, muncul sebagai antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia.

China, Jepun, Korea Setuju Salur Kepakaran Perkasa Pembangunan Tenaga Di ASEAN - Fadillah

VIENTIANE (LAOS), 27 Sept (Bernama) -- China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju untuk menyalurkan kepakaran teknikal kepada ASEAN bagi memperkasa pembangunan sektor tenaga boleh baharu (TBB) dan tenaga bersih.

Ringgit Kembali Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

UALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat selepas mengalami pembetulan teknikal semalam, kata penganalisis.

AirAsia Tidak Putus Asa Dapatkan Lesen Untuk Beroperasi Di Singapura

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- AirAsia tidak akan berputus asa untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi di Singapura, walaupun telah ditolak sebanyak tiga kali, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan ketara pada awal minggu, dan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) esok, kata penganalisis.

Malaysia Perlu Contohi Laos Untuk Kepengerusian ASEAN Lebih Proaktif - Duta

VIENTIANE (LAOS), 26 Sept (Bernama) – Malaysia wajar memanfaatkan pengalaman Laos sebagai panduan untuk tampil lebih proaktif dan bersedia apabila mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Ringgit Susut Kepada 4.13 Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar AS pada Khamis, berhenti seketika daripada kenaikan baru-baru ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan nilainya yang ketara, kata ahli ekonomi.

Ringgit Cecah Paras Paling Kukuh Sejak Jun 2021, Naik 0.69 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.

AAX Keluar Pekeliling Cadangan Pengambilalihan Bernilai RM6.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) telah mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).

Ringgit Teruskan Peningkatan Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam 34 Bulan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.