3bulan ago
CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam membangunkan industri semikonduktor bergantung kepada keupayaan negara melahirkan kumpulan bakat tempatan yang berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan pelabur global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor negara memerlukan sokongan rangkaian antarabangsa yang kukuh, khususnya dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, bagi memastikan ia terus berkembang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewujudkan satu pusat data khusus untuk menyimpan semua data negara bagi melindungi kedaulatan maklumat, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Selasa selepas China memotong insentif cukai ke atas pembelian barang kemas runcit pada hujung minggu sebelum ini, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah sekerap dan lateks diaktifkan di Sabah dan Sarawak bagi Oktober 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 3.0 agar lebih menyeluruh dan memberi impak maksimum kepada pekebun kecil persendirian (PKP).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan bermula suku pertama tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
3bulan ago
OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Insentif Elaun Modal Automasi telah menyaksikan pelaburan tambahan bernilai lebih RM1.8 billion daripada syarikat yang menjalankan operasi automasi setakat 31 Mei, 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu membentuk dasar dan piawaian kecerdasan buatan (AI) serantau untuk memacu kerjasama rentas sempadan dan pembangunan bakat di Asia Tenggara dengan memanfaatkan jawatan pengerusi ASEAN 2025, kata Cognizant.
3bulan ago
SIBU, 21 Okt (Bernama) -- Transformasi industri getah Sarawak menerusi kerjasama komuniti dan korporat akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh sektor komoditi di negeri ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkenalkan pembaharuan dasar pelaburan dan perdagangan yang progresif bagi memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.