BERITA TERKINI   Jumlah dana dikumpul menerusi pasaran modal melonjak 35.4 peratus kepada RM187.7 bilion - SC | Jumlah keseluruhan dana komited dalam industri modal teroka dan ekuiti swasta melonjak sebanyak 21.66 peratus kepada RM30.05 bilion pada 2025 - SC | Sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan pada 2025, melepasi 55 penyenaraian pada tahun sebelumnya - SC | Aset di bawah pengurusan industri pengurusan dana meningkat sebanyak 6.9 peratus kepada paras tertinggi, sebanyak RM1.14 trilion - SC | Pasaran modal Islam kekal kukuh, berkembang 4.31 peratus kepada RM2.7 trilion pada tahun 2025 - SC | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Selasa selepas China memotong insentif cukai ke atas pembelian barang kemas runcit pada hujung minggu sebelum ini, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Harga emas juga kekal sedikit tertekan berikutan pemfaktoran "selepas mengambil kira unjuran kenaikan kadar Rizab Persekutuan yang lebih tinggi daripada jangkaan".

"Beberapa pegawai telah menyokong nada hati-hati Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, " kata Innes kepada Bernama.

Selain itu, katanya, kemungkinan tidak akan ada pengurangan kadar menjelang Disember ini, ini biasanya akan mengukuhkan kedudukan dolar US tetapi menyebabkan emas negatif.

Kontrak semerta November 2025 jatuh kepada US$4,008.40 setiap auns troy daripada US$4,023.50, Disember 2025 menurun kepada US$4,025.30 daripada US$4,040.40 dan Januari 2026 menyusut kepada US$ 4,043.90 daripada US$4,059.00 yang dicatatkan semalam.

Kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 kesemuanya berakhir lebih rendah pada US$4,059.80 setiap auns troy daripada US$4,074.90 sebelum ini.

 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 63 lot berbanding 212 yang disaksikan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 151 kontrak daripada 289.

Berdasarkan penetapan tengah hari 3 Nov 2025 London Bullion Market Association, emas fizikal berharga US$4,025.25 setiap auns troy,

-- BERNAMA