Terdapat 89 berita berdasarkan kata kunci carian " js-sez "

JS-SEZ Boleh Pacu Johor Sebagai Enjin Pertumbuhan Selatan Untuk Ekonomi - Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

MOF, Kerajaan Johor Umum Pakej Insentif JS-SEZ, Pacu Pelaburan Nilai Tinggi Ke Johor

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan Johor mengumumkan pakej insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disediakan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.

JS-SEZ Permulaan Transformasi Era Baharu Hubungan Ekonomi Malaysia-Singapura

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.

JS-SEZ Pacu Integrasi Ekonomi, Pertingkat Jumlah Pekerjaan - Maybank 

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat memacu integrasi ekonomi secara lebih ketara selain memangkin pertumbuhan dan menggalakkan penyertaan ekonomi yang lebih besar bagi Malaysia dan republik itu.

JS-SEZ Mampu Jadi Hab Strategik Dengan Ketersambungan Global -- MIDF Research

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd berpendapat bahawa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi hab strategik berdasarkan sambungannya ke pelabuhan Johor dan Singapura, yang menyediakan ketersambungan serantau serta global.

ASEAN : JS-SEZ Bukti Komitmen Malaysia Terhadap Integrasi Serantau - Loke

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membuktikan komitmen Malaysia terhadap usaha integrasi serantau, lebih tepat lagi ketika negara ini menggalas tugas  kepengerusian ASEAN pada tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Perjanjian JS-SEZ Bawa Limpahan Manfaat Besar Kepada Johor - Menteri Besar

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

JS-SEZ Inisiatif Unik Promosi Malaysia Dan Singapura - PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama)  -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan inisiatif unik apabila dua negara bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemeteraian Perjanjian JS-SEZ Bersama Kerajaan Singapura Tangguh Kepada Januari Depan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan perjanjian yang akan dimeterai bersama kerajaan Singapura mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada 9 Disember ini ditangguhkan kepada Januari 2025.

Semakan Draf Perjanjian JS-SEZ Di Tahap Akhir, Dijangka Dimuktamad Bulan Depan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Semakan draf perjanjian bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara kerajaan Malaysia dan Singapura kini di peringkat akhir dan dijangka dapat dimuktamadkan pada Disember ini, kata Kementerian Ekonomi.

Industri Tenaga Boleh Baharu Antara Fokus Utama Pembangunan JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama)-- Aspek industri tenaga boleh baharu (TBB) akan menjadi antara fokus utama dalam pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka memberi manfaat besar kepada Malaysia dan Singapura.  

Malaysia Dan Singapura Bincang Kemajuan JS-SEZ, Perkukuh Hubungan Dua Hala

 

JOHOR BAHRU, 7 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini bagi membincangkan kemajuan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).