Terdapat 1904 berita berdasarkan kata kunci carian " mac"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Kenaikan Comex AS

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Comex AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik.

Syarikat Austria Berminat Perluas Kerjasama Dalam Tenaga Hidro Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Syarikat Austria berminat untuk memperluas kerjasama dalam pembangunan tenaga hidro dengan Malaysia, menawarkan teknologi terkini dan kepakaran untuk menyokong matlamat tenaga boleh baharu (TBB) negara dan memenuhi permintaan terhadap elektrik yang meningkat daripada sektor seperti pusat data.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Antara RM3,800-RM3,900 Satu Tan Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam lingkungan RM3,800 hingga RM3,900 satu tan minggu depan, kata seorang peniaga.

Ringgit Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan, Sasar Lepasi Semula Paras 4.00

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berikutan pelabur kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk melepasi semula paras 4.00 minggu depan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung selepas ketegangan geopolitik mereda.

Gamuda Land Lancar Kempen ‘Money Mari Home’ Bantu Percepat Pemilikan Rumah

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Gamuda Land melancarkan kempen jualan terbaharunya, “Money Mari Home” yang menawarkan sokongan pembiayaan rumah berstruktur serta fleksibiliti pembayaran bagi memudahkan keputusan pembelian di seluruh portfolio hartanah kediaman dan komersialnya.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan rendah pada awal dagangan Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Sandbox Fasa Kedua MyDigital ID Libatkan 18 Institusi Perbankan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Sebanyak 18 institusi perbankan mengesahkan penyertaan dalam Sandbox Fasa Kedua menerusi pelaksanaan integrasi MyDigital ID dalam sektor kewangan secara berperingkat dan tersusun, selari dengan amalan terbaik antarabangsa.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Bagi Tiga Hari Berturut-turut

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik, kata seorang penganalisis.