Terdapat 1203 berita berdasarkan kata kunci carian " majlis"

Pembeli Dari China Disaran Berunding Bagi Peroleh Harga Minyak Sawit Lebih Baik -- KPK

PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyarankan pembeli minyak sawit dari China supaya berunding dengan pemain tempatan bagi mendapatkan minyak sawit pada harga yang lebih baik.

Sektor Minyak Sawit Kekal Stabil Menjelang 2026, MSM Diniagakan Lebih RM4,000 Satu Tan - Johari

PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Sektor minyak sawit Malaysia dijangka kekal stabil menjelang 2026, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tan Sri Francis Yeoh Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN Di London

KUALA LUMPUR, 26 Nov  (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Tan Sri Francis Yeoh menerima anugerah Tokoh ASEAN Tahun 2025 – Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Asian Business Awards 2025 ke-26 di London, kata Asian Media Group United Kingdom (UK).

Malaysia Raih Jualan Eksport Bernilai RM432.18 Juta Di Saudi Build 2025

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meraih jualan berjumlah RM432.18 juta di pameran Saudi Build 2025 ke-35 merangkumi RM251.26 juta daripada Pavilion Malaysia dan RM180.92 juta daripada sesi pemadanan perniagaan.

MOSTI, Agensi Pemangkin Penemuan Sains Dan Teknologi Bertaraf Dunia -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta semua agensi relevan sewajarnya meningkatkan pembiayaan penyelidikan strategik untuk memangkin kejayaan penemuan saintifik dan teknologi bertaraf dunia.

Dubai Gesa Syarikat Malaysia Manfaatkan Fintech, Kewangan Islam Pacu Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Emiriah Arab Bersatu (UAE), terutamanya Dubai, menganggap teknologi kewangan (fintech) dan kewangan Islam sebagai sektor yang semakin menonjol dan sewajarnya dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia untuk merebut peluang pertumbuhan dalam bidang terbabit.

PNB Bakal Lancar Penilaian Zakat Dana Harga Tetap Guna Kaedah al-Mustaghallat Secara Khultah Pada 2026

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan melancarkan penilaian zakat bagi Dana Harga Tetap yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) melalui kaedah zakat al-Mustaghallat secara Khultah pada pertengahan 2026.

Malaysia Komited Muktamad DEFA Tahun Hadapan - Gobind

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneruskan usaha menggunakan pendekatan menyeluruh ke arah memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) tahun hadapan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

PM Anwar Diberi Sambutan Negara Dan Terajui Forum Peringkat Tinggi Di Nairobi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberikan majlis sambutan peringkat negara di State House, kediaman rasmi Presiden Kenya William Samoei Ruto.

Program Agromarketing Masterclass 2025 FAMA Bersama TikTok Shop Catat Jualan RM12 Juta

KUALA LUMPUR,  23 Nov (Bernama) -- Program Agromarketing Masterclass TikTok Shop Edition (AMTTSE) 2025 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan TikTok Shop mencatat nilai jualan RM12 juta, peningkatan hampir dua kali ganda.

PM Anwar Tiba Di Kenya Bagi Singgahan Terakhir Lawatan Rasmi Ke Afrika

Oleh M. Saraswathi

NAIROBI, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Nairobi, Kenya, pada jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) singgahan terakhir beliau dalam rangka lawatan rasmi ke tiga negara Afrika.

Lawatan Rasmi Anwar Ke Kenya Dijangka Perkukuhkan Lagi Hubungan Dua Hala, Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kenya bermula hari ini dijangka memperkukuhkan lagi hubungan dua hala serta ekonomi antara kedua-dua negara, antaranya dalam sektor ekonomi digital dan perumahan.