Terdapat 351 berita berdasarkan kata kunci carian " perolehan "

SIR2035 Lakar Laluan Jelas Ke Arah Kestabilan, Transformasi Industri - Unitrade

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Industri Keluli Malaysia 2035 (SIR2035) melakarkan laluan jelas ke arah kestabilan, transformasi dan penyahkarbonan sepenuhnya industri keluli negara, kata Unitrade Industries Bhd.

Untung Bersih AEON Credit Service Naik Kepada RM72.23 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM72.23 juta pada suku kedua berakhir 31 Ogos 2025 (S2 2025), berbanding RM71.16 juta pada S2 2024.

ASEAN Digesa Jalin Kerjasama Keluli Serantau Untuk Integrasi Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN perlu menjalin kerjasama serantau yang lebih kukuh dalam industri keluli untuk memacu pewujudan pasaran bersepadu ASEAN dan integrasi yang menyeluruh.

Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Malaysia Dijangka Capai 31 Peratus Menjelang Disember

SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran tenaga boleh baharu (TBB), dengan TBB sudah menyumbang sebanyak 30 peratus dalam campuran tenaga, iaitu menghampiri matlamat 31 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Untung Bersih Astro Susut Kepada RM16.39 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) -- Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) merosot kepada RM16.39 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai 2025 (S2 2026) berbanding RM54.71 pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Rundingan FTA Malaysia-EU Dijangka Dimuktamad Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka dimuktamadkan tahun depan, dengan peringkat akhir rundingan akan diteruskan tidak lama lagi, kata Pesuruhjaya Perdagangan EU Maroš Šefčovič.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu berikutan kemerosotan Wall Street kerana pelabur meneliti komen daripada pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat  (AS) Jerome Powell yang mencadangkan ekuiti AS mungkin terlebih nilai.

FMM Harap Tiada Cukai Tambahan Sektor Pembuatan Dalam Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai tambahan ke atas industri pembuatan semasa pembentangan Belanjawan 2026.

Dasar, Tarif, Insentif Jelas Dalam RMK13 Penting Untuk Realisasi Teknologi Kereta Hidrogen Malaysia - MAA

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia telah melaksanakan langkah yang sewajarnya untuk menjadikan teknologi kereta hidrogen sebagai keutamaan negara dalam inisiatif tenaga bersih di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Industri Aeroangkasa Sasar Pendapatan RM30 Bilion Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis pendapatan industri aeroangkasa akan mencecah RM30 bilion tahun ini, meningkat daripada RM25.1 bilion  pada 2024.

EPMSSB, Velesto Meterai MSA Bagi Penyediaan Sokongan Marin Di Pelabuhan Kemaman

KUALA TERENGGANU, 11 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Epic Bhd, Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMSSB) menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Induk (MSA) bersama Velesto Energy Bhd (Velesto) melalui anak syarikat milik penuhnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd.

Solarvest, Malakoff Tubuh Konsortium Bagi Projek Solar Di Perak

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd (Malakoff) dan Solarvest Holdings Bhd (Solarvest) menerusi satu konsortium, telah memperoleh surat notifikasi daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (EC) untuk membangunkan loji fotovoltaik solar berskala besar (LSS) arus ulang alik (MWa.c.) 470 megawatt di Perak.