Terdapat 381 berita berdasarkan kata kunci carian " pulau pinang"

Pulau Pinang Catat Pendapatan Kasar Bulanan Penengah Kelima Tertinggi, RM7,386 Sebulan

GEORGE TOWN, 13 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merupakan negeri kelima tertinggi merekodkan pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah, iaitu RM7,386 manakala pendapatan isi rumah kasar bulanan purata (pendapatan purata) pula ialah RM9,152.

KWAP, Khazanah Akan Tingkatkan Pelaburan Gabungan Ekosistem Pemula Niaga Kepada RM750 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pelaburan gabungan di bawah Dana Perintis Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Jelawang Capital Khazanah Nasional Bhd akan meningkat kepada RM750 juta berbanding RM550 juta sebelum ini.

Indeks Harga Seunit Besi Naik 0.4-1.9 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Indeks harga besi mencatatkan peningkatan antara 0.4 peratus hingga 1.9 peratus pada September 2025 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

M.Zenni Mah Sing Rekod Pengambilan 70 Peratus

GEORGE TOWN, 8 Okt (Bernama) -- Pembangunan bercampur bertingkat tinggi Mah Sing Group Bhd di Batu Maung, M Zenni telah mencapai kadar pengambilan 70 peratus setakat ini, mencerminkan permintaan pasaran yang kukuh untuk kediaman yang berkualiti di Pulau Pinang.

UPS Buka Pusat Pembungkusan Baharu Di Pulau Pinang, Perluas Hab Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- United Parcel Service (UPS), iaitu sebuah syarikat logistik global  telah membuka pusat pembungkusan baharu seluas 20,000 kaki persegi di Taman Sains Pulau Pinang Utara, Pulau Pinang.

RHB IB Jangka Maklumat Terkini MRT3 Menerusi Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan maklumat lanjut mengenai projek Aliran Transit Massa (MRT) Laluan Lingkaran atau dikenali sebagai MRT3 akan diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat ini, susulan kelulusan skim terakhir keretapi itu Julai lepas.

Belanjawan 2026 Perlu Seimbangkan Disiplin Fiskal, Pertumbuhan Bagi Daya Tahan Perbankan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu mencapai keseimbangan yang tepat antara pengukuhan fiskal dan langkah yang menyokong pertumbuhan untuk memastikan daya tahan sektor perbankan dan ekonomi secara keseluruhan, kata RHB Banking Group.

Powertechnic Kumpul RM22.05 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat sistem pengangkat dan kren, Powertechnic Group Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM22.05 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Oktober 2025.

UOB Malaysia Tetapkan Harga Sukuk Musharakah Sri Hijau ASEAN Pada RM455 Juta Untuk ECRB

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- UOB Malaysia berjaya menetapkan harga nota jangka sederhana Islam bernilai RM455 juta di bawah Tranche 7 Program Sukuk Musharakah RM2 bilion EXSIM Capital Resources Bhd (ECRB), yang distrukturkan sebagai Sukuk Musharakah SRI Hijau ASEAN.

Belanjawan 2026 Mampu Rapat Jurang Bekalan, Permintaan Rumah -- PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan perumahan, kata Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia Kenneth Soh. 

Sichuan Airlines Tambah Kekerapan Penerbangan Chengdu-Pulau Pinang Mulai Akhir Bulan Ini

GEORGE TOWN, 1 Okt (Bernama) -- Sichuan Airlines akan menambah kekerapan penerbangan terusnya antara Chengdu dan Pulau Pinang secara harian mulai akhir bulan ini (Oktober) dengan pelaksanaan jadual penerbangan musim sejuknya.

Batik Air Akan Lancar Sembilan Laluan Baharu Disember Depan

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Batik Air akan mengukuhkan jejak serantaunya dengan pelancaran sembilan laluan baharu pada 8 Disember, 2025, satu perkembangan penting yang menggariskan cita-cita syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan kesalinghubungan di Malaysia dan Asia Tenggara.