Terdapat 328 berita berdasarkan kata kunci carian " sekuriti"

Lebih Ramai Rakyat Perlu Nikmati Manfaat Pertumbuhan Ekonomi, Literasi Kewangan - Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mahu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi serta literasi kewangan dan bukan hanya kelompok kecil dalam masyarakat terutamanya golongan elit. 

RHB Bank Cadang Program Kertas Komersial, Sukuk Pelbagai Mata Wang Berjumlah RM5 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- RHB Bank Bhd mencadangkan Program Kertas Komersial (CP) Pelbagai Mata Wang dan Program CP Islam (Sukuk Murabahah) Pelbagai Mata Wang dengan had gabungan sehingga RM5 bilion.

Pasaran Modal Malaysia Berjumlah RM4.2 Trilion, Instrumen Islam 62 Peratus - SC

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia pada masa ini berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam membentuk kira-kira 62 peratus, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$122.68 Bilion Pada Akhir Ogos 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$252.8 bilion pada akhir Ogos 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

Sunsuria Mohon Sedia Program ICP Sukuk Wakalah Bernilai RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Sunsuria Bhd telah membuat permohonan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mewujudkan program kertas komersial Islam (ICP) sehingga RM500 juta dalam nilai nominal.

Bursa Malaysia Tegur Ecobuilt, Denda Dua Bekas Pengarah RM200,000 Seorang

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran awam kepada Ecobuilt Holdings Bhd (ECOHLDS) dan dua bekas pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Malaysia Sedia Memimpin Ekonomi Kewangan Islam-Halal Bersepadu - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia bersedia memimpin usaha membangunkan ekonomi kewangan Islam-halal bersepadu yang akan menjana pertumbuhan dan kemakmuran yang inklusif, bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga untuk masyarakat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

SC, FSA Oman Sepakat Tingkatkan Pembangunan Pasaran Modal, Pembinaan Kapasiti

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Kesultanan Oman hari ini menandatangani Program Usaha Sama Pembangunan Pasaran Modal untuk memajukan perkongsian strategik antara kedua-dua pihak berkuasa itu.

MBSB IB Semak Ramalan Kadar Hasil MGS 2025 Kepada 3.40 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak semula unjuran 2025 bagi kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun untuk mengakhiri tahun pada sekitar 3.40 peratus, berikutan pemotongan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini. 

Kewangan Islam Perlu Manfaatkan Tindakan Iklim, Rangkuman Digital Demi Kebaikan Dunia – SC

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kewangan Islam perlu memanfaatkan tiga pemacu penting terutama tindakan iklim, rangkuman digital dan inovasi Islam bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi untuk Malaysia, Oman dan seluruh dunia, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi.

AmanahRaya Trustees, CoKeeps Bekerjasama Majukan Infrastruktur Aset Digital

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- AmanahRaya Trustees Bhd (ART), anak syarikat milik penuh Amanah Raya Bhd memeterai memorandum persefahaman dengan CoKeeps Sdn Bhd bagi meneroka penubuhan perkhidmatan Penjaga Aset Digital.