Terdapat 286 berita berdasarkan kata kunci carian " suku kedua"

Ringgit Melemah Berbanding Dolar AS Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung menjelang pengeluaran data ekonomi AS yang akan diumumkan hari ini serta menjelang akhir minggu bekerja.

Maybank Terus Mencari Peluang Pertumbuhan Walaupun Suasana Mencabar  - Presiden/GCEO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Di sebalik persekitaran pasaran yang kurang memberangsangkan, Malayan Banking Bhd (Maybank) terus berusaha untuk mencari peluang pertumbuhan di seluruh segmen, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Datuk Seri Khairussaleh Ramli.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 Public Bank Susut Sedikit Kepada RM1.76 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sedikit sebanyak RM1.76 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM1.78 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Untung Bersih TH Plantations Meningkat Kepada RM11.79 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM11.79 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM10.41 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2024.

Malaysia Raih Pelaburan Diluluskan RM190.3 Bilion Separuh Pertama 2025, Naik 18.7 Peratus Tahun Ke Tahun

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, peningkatan 18.7 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Untung Bersih Gas Malaysia Bagi Suku Kedua Susut Kepada RM99.12 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 merosot kepada RM99.12 juta daripada RM110.05 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. 

Maxis Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Berjumlah RM398 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM398 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, meningkat 11.8 peratus daripada RM356 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Kedua Bintulu Port Susut Kepada RM34.73 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Bintulu Port Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 menyusut kepada RM34.73 juta daripada RM39.84 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bioeconomy Corporation, Invest Sabah Jalin Kerjasama Perkukuh Ekosistem Bioekonomi

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) – Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menjalin kerjasama strategik dengan Invest Sabah Berhad (Invest Sabah) menerusi Jelajah Bioekonomi 2025 untuk membantu memperkukuh ekosistem bioekonomi Sabah.

Keuntungan Bersih Dialog Group Turun Kepada RM303.83 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 merosot kepada RM303.83 juta berbanding RM575.03 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024.

Keuntungan Bersih Suku Kedua TSH Resources Melonjak Kepada RM49.23 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- TSH Resources Bhd melaporkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM49.23 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2025 berbanding RM20.63 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disokong oleh produktiviti dan harga produk sawit yang lebih baik.