3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatat peningkatan lima peratus dalam pendapatannya kepada RM215 juta bagi suku pertama berakhir 31 Okt, 2025 (S1 TK2026) daripada RM205 juta pada tahun lalu, terutamanya didorong oleh sumbangan yang kukuh daripada projek pembinaan domestik.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Rakan dagang atau pengimport berhak untuk memohon pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan (MoF), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Kementerian Kewangan untuk memindahkan sebanyak RM14.631 bilion baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Ogos hingga Disember 2025 kepada Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).
3bulan ago
PETALING JAYA, 4 Dis (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menjangka model Proton Saga MC3 yang baru dilancarkan akan menjadi model segmen-A terkemuka dalam pasaran ASEAN tahun depan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 4.6 peratus pada 2026, dipacu oleh permintaan luar yang semakin pulih meskipun aktiviti domestik dijangka menjadi sederhana sedikit, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bank di Malaysia akan menawarkan 'goodwill discounts' kepada mereka yang melakukan penyelesaian awal untuk perjanjian sewa beli kadar tetap sedia ada berikutan lulusnya Rang Undang-Undang (Pindaan) Sewa Beli oleh Dewan Negara semalam.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Intel Corporation mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi pemasangan dan ujian mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok, akan diberikan jawatan baharu.
3bulan ago
KINABATANGAN, 29 Nov (Bernama) -- Pengundi muda di Sabah tidak mahu melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini, lebih-lebih lagi ada antaranya yang mengundi buat kali pertama selepas pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 meningkat kepada RM2.08 bilion daripada RM2.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
3bulan ago
KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Belanjawan Sarawak 2026 berjumlah RM12.9 bilion merangkumi RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
3bulan ago
Daripada Saraswathi Muniappan
JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) -- Negara-negara boleh bertahan dengan kejutan global hanya apabila dasar mereka kukuh, diselaraskan dan bersedia menghadapi tekanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.