Terdapat 2507 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa"

Econpile Peroleh Projek Pembinaan LRT Pulau Pinang Bernilai RM53.99 Juta

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd (Econpile), Econpile (M) Sdn Bhd memperoleh projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM53.99 juta.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Isnin.

Lianson Fleet Group Lupus Kapal Pada Harga RM28.13 Juta

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Lianson Fleet Group Bhd (LFG), iaitu Icon Samudera (L) Inc, akan melupuskan sebuah kapal kepada Asia Investment and Asset Management Joint Stock Company, Vietnam pada harga RM28.13 juta

Belian Saham Modal Besar, Prestasi Serantau Pacu Bursa Naik 0.47 Peratus

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan meningkat sebanyak 0.47 peratus ketika pelabur menumpukan minat ke atas saham-saham syarikat bermodal besar selain seiring prestasi pasaran serantau.

FBM KLCI Kukuh Pada Tengah Hari, Pasaran Menyeluruh Kekal Positif

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat 0.54 peratus pada  tengah hari manakala pasaran secara keseluruhan turut kekal dalam wilayah positif apabila pelabur menjejaki prestasi bursa serantau selepas minggu yang perlahan, dengan menumpukan kepada kaunter terpilih.

Institusi Tempatan Teruskan Aliran Belian Dengan Belian Bersih RM148.6 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keenam berturut-turut di Bursa Malaysia, mencatatkan belian ekuiti bersih sebanyak RM148.6 juta pada minggu dagangan yang singkat berakhir pada 4 Sept 2025, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Sept  (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal diniagakan dalam jajaran kecil  dengan kecenderungan menaik sedikit pada minggu depan ketika para pelabur menunggu pemangkin baharu untuk menentukan hala tuju pasaran.

Niaga Hadapan MSM Dijangka RM4,300-RM4,480 Satu Tan Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka dalam julat lebih kecil minggu depan berikutan kekurangan pemangkin pasaran, kata peniaga komoditi itu, David Ng.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan kerana peniaga menahan diri daripada secara agresif memasukkan jangkaan pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas September.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh pembelian tawar-menawar dan pengukuhan di pasaran minyak sayuran global, kata Ketua Penyelidik Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani.