12hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan antara US$4,800 hingga US$4,900 seaun minggu hadapan, kata seorang pakar ekonomi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan bahawa nama Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu, Datuk Hairil Yahri Yaacob, telah disalah guna dalam satu skim pelaburan palsu yang dikesan beroperasi melalui aplikasi Telegram.
13hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia esok dijangka mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-India berikutan hubungan dua hala yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada 2024 terutama dalam perdagangan dan kerjasama ekonomi merentas pelbagai sektor, kata penganalisis.
13hari ago
SINGAPURA, 6 Feb (Bernama) -- Ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan yang ketara walaupun menghadapi ketegangan geopolitik dan dasar perlindungan perdagangan global yang semakin meningkat, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
13hari ago
GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.
13hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih dengan ditutup pada paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat akhir dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Data domestik akan datang, termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), data buruh, jualan runcit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku keempat, dijangka mengukuhkan naratif pertumbuhan sokongan Malaysia, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Satu rangka kerja perundangan yang komprehensif dalam bentuk Akta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Nasional akan memperkukuh lagi pelaksanaan agenda pembangunan industri dan bakat Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
13hari ago
HOUSTON, 5 Feb (Bernama) -- Asia Pasifik termasuk Malaysia sedang pesat membangun sebagai salah satu rantau paling dinamik bagi pembuatan dan pendigitalan perindustrian yang dipacu kecerdasan buatan (AI).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengesahkan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan Tawaran Am Sukarela (VGO) oleh Sunway Bhd untuk membeli kepentingan PNB dalam IJM Corporation Bhd.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong oleh faktor luaran apabila ketegangan geopolitik yang mereda meningkatkan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS).
14hari ago
GEORGE TOWN, 5 Feb (Bernama) -- Kerjasama ekonomi jangka panjang Pulau Pinang dengan China terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian negeri, dengan pelaburan dari China mencecah hampir RM16 bilion sejak sedekad yang lepas.