Terdapat 1465 berita berdasarkan kata kunci carian " jua"

Pasaran Saham Malaysia Kekal Berdaya Tahan Dalam Persekitaran Tekanan Global - Abdul Wahid

KUALA LUMPUR 14 April (Bernama) -- Pasaran saham negara diyakini kukuh meskipun berdepan tekanan global susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah US$5.87 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India.

MIDF Kekalkan Unjuran Pertumbuhan Jualan Runcit 4.6 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan jualan runcit kepada 4.6 peratus pada 2025, menyusut daripada 5.5 peratus yang dicatatkan pada 2024.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.

Fibromat Sasar Raih RM17.8 Juta Hasil IPO Di Pasaran ACE

PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Jualan Dagangan Borong, Runcit Feb 2025 Naik Kepada RM148.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatat jualan RM148.3 bilion pada Februari 2025 iaitu pertumbuhan 5.1 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Tumbuh 4.7 Peratus Kepada RM153.1 Bilion Pada Feb 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 4.7 peratus kepada RM153.1 bilion pada Februari 2025 (Januari 2025: 3.5 peratus), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IOI Properties Sambut Ulang Tahun Ke-30 Di Johor Dengan Tawaran Hadiah Percutian Global

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) meraikan ulang tahun ke-30 di Johor dengan melancarkan kempen 30 Tahun Bersama dan memberi tawaran eksklusif kepada pencari hartanah serta peluang memenangi barangan mewah, peralatan rumah dan pakej percutian meliputi sehingga 30 destinasi antarabangsa dengan pembelian hartanah terpilih bermula 1 April.

FMM Gesa Kerajaan Bertindak Lindungi Sektor Pembuatan Berikutan Penangguhan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tegas sepanjang penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi asas-asas industri dan daya saing jangka panjang Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Sorrellicious Legacy Sasar Eksport Roselle Kering Ke Pasaran Asia Tenggara Tahun Ini

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR,10 April (Bernama) -- Pengeluar produk berasaskan roselle segar, Sorellicious Legacy, beroperasi di Klang, Selangor menyasarkan untuk mengeksport roselle kering ke pasaran Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.

Sabah Catat Jumlah Pelaburan RM6.5 Bilion Tahun Lepas - Tun Musa

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Petronas, Petrovietnam Meterai 20 Tahun PSC, Lanjutan UGSA Untuk PM3 CAA

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) memeterai perjanjian prinsip utama (KPA) untuk melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dan perjanjian jual beli gas huluan (UGSA).