Terdapat 1365 berita berdasarkan kata kunci carian "jepun"

Ringgit Dibuka Mengukuh, Dolar AS Lemah Selepas Trump Tangguh Tarif

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mata wang negara maju itu lemah susulan Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif timbal balas selama 90 hari, kata ahli ekonomi.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, terjejas akibat sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan laporan pelaksanaan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China, menandakan kemungkinan berlakunya perang dagangan yang berpanjangan.

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah Seiring Negara Serantau

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus ditutup lebih rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US susulan pembetulan teknikal selepas penurunan baru-baru ini dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Ringgit Terus Alami Penurunan Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Kadar Tarif

KUALA LUMPUR, 8 April -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump.

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah Seiring Negara Serantau

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa seiring penurunan negara serantau berikutan sentimen global yang dipengaruhi kebimbangan mengenai keputusan kadar tarif Amerika Syarikat (AS) dan perang dagangan yang semakin meningkat, kata seorang peniaga.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitan kadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.

AFMGM: Anwar Akan Lancar Panduan SEDG ASEAN Bagi PKS Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama dan melancarkan Panduan Pendedahan ESG Dipermudah ASEAN (SEDG ASEAN) bagi PKS dalam Rantaian Bekalan Versi 1, hari ini.

Tarif AS: Semakan Semula KDNK Akan Berlandaskan Analisis Impak Menyeluruh - Amir Hamzah

Oleh Nur Athirah Mohd Dhaharuddin

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Sebarang perubahan kepada unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5-5.5 bagi 2025 akan berlandaskan analisis impak menyeluruh yang dijalankan oleh Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Peningkatan Ketegangan Perdagangan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring penurunan mata wang Asia yang lain susulan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan.

Saranan PM Anwar Tidak Laksana Tarif Balas Adalah Langkah Bijak - Rais Hussin

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Malaysia tidak melaksanakan tarif balas susulan kenaikan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) mungkin membuktikan satu langkah yang lebih bijak, kata Pengasas EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin.

Prestasi Hambar Pasaran Serantau Heret Turun Bursa Malaysia

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini.