1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menjalin kerjasama dengan peneraju industri dan meningkatkan kolaborasi dalam kalangan pihak berkepentingan sebagai usaha untuk menjadi negara yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) terkemuka di ASEAN.
1bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi tinggi sedikit hari ini, dipacu oleh belian yang diperbaharui dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan pemulihan pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
1bulan ago
SEOUL, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah ditandatangani pada 2019, menjelang November ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Sagar Sanjay Dighe sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations (MCAT) berkuat kuasa 1 Nov, 2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai US$2 bilion (US$1 = RM4.12) di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peserta utama dalam industri maritim mengharapkan insentif Belanjawan 2025 untuk merangsang pertumbuhan dan memajukan agenda pembangunan hijau, khususnya melalui sokongan bagi pembelian kapal rendah karbon, pelaburan pelabuhan hijau dan perluasan infrastruktur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Loji Janakuasa Prai milik Malakoff Corporation Bhd menjadi lambang kepada kecemerlangan dan inovasi dalam sektor tenaga Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan urus niaga bercampur-campur dalam sesi awal dagangan pada Selasa.