5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) diminta meletakkan kepentingan nasional dan Bumiputera sebagai pertimbangan utama dalam membuat sebarang keputusan berhubung semakan strategik terhadap pelaburannya dalam kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
5bulan ago
KUCHING, 30 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menerusia cabang tenaga baharunya, SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) sedang berbincang dengan beberapa pembeli berpotensi untuk mengeksport hidrogen (H2) hijau dalam bentuk pepejal.
5bulan ago
BUSAN, 30 Ogos (Bernama) --Lawatan kerja rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Busan memperlihatkan kesediaan Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan memajukan peralihan tenaga bersihnya di dalam negara dan juga ASEAN.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Jumlah permintaan untuk kargo udara, yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK), melonjak sebanyak 5.5 peratus dari tahun ke tahun (YOY) untuk Julai 2025 berbanding 0.6 peratus yang dicatatkan semasa bulan sebelumnya, mencerminkan pemulihan dalam pasaran kargo di tengah-tengah perang perdagangan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September, 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM402.97 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 berbanding RM 396.42 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turun 19 peratus kepada RM26.2 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM32.4 bilion setahun sebelumnya, seiring dengan hasil yang lebih rendah.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengesahkan rundingan sedang berlangsung dengan beberapa pihak berkaitan aset lebuh rayanya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses perbincangan dengan pakar dan pengamal industri kewangan bagi meneroka kes penggunaan tokenisasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).
5bulan ago
PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menetapkan supaya kadar Caj Akses Sistem (SAC) dan Caj Akses Komuniti (CAC) untuk Tempoh Regulatori Ke-4 diselaraskan, seiring dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang lebih telus dan progresif.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menjadi antara 20 ekonomi teratas dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di dunia menjelang 2030 melalui Pelan Hala Tuju AI Negara 2021-2025 dengan sumbangan melebihi RM60 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan bahawa FGV Holdings Bhd (FGV) telah secara rasmi keluar daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd berkuatkuasa pada 9 pagi, hari ini.