8bulan ago
KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 dilancarkan secara rasmi hari ini di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, menandakan pencapaian utama Malaysia Timur dan rantau ASEAN ketika Malaysia bakal memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan 5.7 peratus dari tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia mengenakan duti anti-lambakan ke atas pengimportan produk gulungan rata besi atau keluli bukan aloi dari China, India, Jepun dan Korea Selatan bagi menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan yang didakwa daripada negara-negara ini, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sebarang perubahan tarif terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan memberi kesan kepada pengeluar sarung tangan Malaysia dan menangguhkan keputusan pembelian berikutan ketidaktentuan yang berterusan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) reNIKOLA Holdings Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan firma Jepun, Sumitomo Corporation bagi bekerjasama membangunkan projek-projek biotenaga berskala besar di Malaysia dan Indonesia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ekspo “WE2025: Future in Motion -- Women in Trade. Leadership. Investment.”, yang akan diadakan dari 25 hingga 27 Nov, 2025, menyasar untuk menjana potensi perdagangan dan peluang pelaburan bernilai RM100 juta, menurut Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd.
8bulan ago
SIBU, 13 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji sumbangan berterusan Rimbunan Hijau Group (RH Group) kepada ekonomi negeri dan negara serta penjajaran kukuhnya dengan wawasan Sarawak untuk pertumbuhan mampan dan inklusif.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 6.0 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama 2025 sehingga mencapai pendapatan RM630 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Penurunan 100 mata asas dalam nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis lepas memberi sedikit ruang kepada Jawatankuasa Dasar Monetari menilai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport, kata Moody’s Analytics.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pasaran global menyaksikan dorongan yang tinggi terhadap aset berisiko susulan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang optimis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
8bulan ago
KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025, yang bermula hari ini membuka satu lembaran baharu dalam mempamerkan kecemerlangan industri dan menghimpunkan pemain-pemain utama untuk meneroka idea dan teknologi baharu.