4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd memperkenalkan versi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dipertingkatkan dikenali sebagai “AEIOU for Responsible Living”.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN sedang membentuk ekosistem perdagangan dan pelaburan yang terbuka, tahan lasak dan bersedia menghadapi masa depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kalangan menteri ekonomi ASEAN mengingatkan peningkatan dasar perlindungan dan langkah perdagangan unilateral boleh menjejaskan sistem perdagangan pelbagai hala serta rantaian bekalan.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Jepun kekal sebagai satu daripada rakan dagang dan pelabur terbesar ASEAN dengan jumlah perdagangan dua hala mencapai US$236.4 bilion (US$1 = RM4.2) pada tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN bersama China, Jepun dan Korea Selatan (ASEAN + 3) mesti berganding bahu bagi mengekalkan serta menstabilkan rangkaian rantaian bekalan masing-masing yang canggih selain sensitif terhadap kerja yang tepat dan teratur.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memeterai perjanjian penglibatan dengan Global Psytech Sdn Bhd (GPSB) untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri halal.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan sektor swasta dalam menggubal dasar serta kawal selia yang boleh memudahkan serta mempercepat pelaksanaan projek terutama infrastruktur rel untuk memastikan kemampanan jangka masa panjang, kata kalangan peserta industri.
4bulan ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Sektor hartanah di Pulau Pinang mencatatkan peristiwa penting hari ini dengan pelancaran rasmi Westin Residences Pulau Pinang setinggi 69 tingkat - bangunan kediaman tertinggi di utara Malaysia, yang direka dengan struktur kalis gempa bumi.
4bulan ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mempamerkan projek-projek pembangunan bernilai lebih RM5 bilion di Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun sebagai sebahagian daripada usahanya menarik pelaburan asing.
4bulan ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pemfailan paten di ASEAN melonjak sebanyak 70 peratus sepanjang dekad lepas, menunjukkan pertumbuhan pesat harta intelek (IP) di rantau ini didorong oleh peningkatan inovasi dalam kalangan negara anggota.
4bulan ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN menyasarkan untuk memperluas kerjasama dalam pembangunan harta intelek (IP) serantau dengan tumpuan pada peningkatan pendaftaran Petunjuk Geografi (GI) yang menampilkan identiti budaya anggota sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini akan memperkukuh asas bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada, dengan memberi tumpuan pada memantapkan aturan menentukan asal suatu produk dan protokol perdagangan digital.