11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun prestasi pasaran serantau lebih baik sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang menggalakkan.
11bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup rendah pada Khamis berikutan pengambilan keuntungan yang berterusan, kata peniaga.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, ekoran tekanan daripada pengambilan untung susulan kenaikan semalam serta ketidakpastian berterusan mengenai dasar Presiden AS, Donald Trump.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal negatif pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis disebabkan jualan dalam saham wajaran tinggi khususnya Public Bank and Tenaga Nasional.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dan mata wang utama lain berikutan pengumuman Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, Jan 22 (Bernama) -- Capitaland Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM163.66 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM115.9 juta pada suku ketiga berakhir 31 Dis, 2024 (suku ketiga tahun kewangan 2025), peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding RM84.6 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Selasa, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, utiliti dan perkhidmatan kewangan.